Siakap Keli

Zakat Terengganu Catat Kutipan Lebih RM255.2 Juta Pada 2023, Ini Pecahan Agihan

Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat MAIDAM Tahun 2023 yang menyaksikan kutipan zakat bagi tahun 2023 berjumlah RM255,274,985.43 iaitu peningkatan 11.9% berbanding kutipan tahun 2022.

Sementara itu, sejumlah RM257,793,963.91 bersamaan peningkatan sebanyak 10% berbanding tahun 2022 telah diagihkan kepada 8 asnaf yang berhak untuk agihan zakat bagi tahun 2023.

Bersekali dengan majlis tersebut adalah Program Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 2024M /1445H.

Data yang dikeluarkan menunjukkan seramai 25,887 orang Ketua Isi Rumah (KIR) layak menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM13,812,100.00.

Seramai 6,924 orang KIR menerima RM300.00 untuk kategori seorang atau tunggal melibatkan peruntukan RM2,077,200.00.

Untuk kategori isi rumah 2 atau 3 orang, diperuntukkan sebanyak RM3,848,000.00 untuk diagihkan kepada seramai 7,696 orang KIR yang layak dengan kadar RM500.00 setiap KIR.

Sejumlah RM7,886,900.00 pula diagihkan kepada 11,267 orang KIR yang mempunyai isi rumah 4 orang ke atas dengan masing-masing mendapat sebanyak RM700.00 setiap KIR.

zakat terangganu 2023

Kadar zakat fitrah 2024 bagi Terengganu

Sementara itu, Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail berkata, kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun 1445H/2024M dikeluarkan dengan wang tunai sahaja ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu tidak kurang RM10.00 bagi setiap seorang.

Manakala, bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara, kadar zakat fitrah adalah RM22.00 bagi setiap seorang.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Tahun 2023, Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Tahun 1445H/2024M dan Agihan Bantuan Zakat Sempena Ramadan Asnaf Fakir Miskin Tahun 1445H/2024M di Dewan Terbuka JHEAT pada 5 Mac lalu.

Acara turut dihadiri Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Pn. Wan Noraina Mardiah binti Wan Chik (Ketua Penolong Setiausaha – Khidmat Pengurusan), Tuan Haji Nazli Amirri bin Ngah (Ketua Penolong Setiausaha – Pengurusan Zakat) dan lain-lain pegawai MAIDAM.

Terima kasih semua pembayar zakat.

Zakat anda memayungi kehidupan asnaf dan mereka yang memerlukan.
#maidamdihati

zakat terangganu 2023

BACA: Bayaran Zakat Fitrah Berbeza Kalau Makan Beras Mahal, Ini Ketetapan Kadar Anda Perlu Tahu

Amira

Love yourself.