Siakap Keli
malaysia sukan komanwel 2026
Gambar: Sinar Harian

CGF Tawar Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026, Bersama Dana RM602 Juta

CGF Tawar Malaysia Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026, Bersama Dana RM602 Juta

KUALA LUMPUR  — Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah menawarkan Malaysia peluang untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 2026.

Tawaran tersebut termasuk pelaburan kewangan sebanyak £100 juta (RM602 juta) untuk menyokong penghantaran tempatan dan perancangan bagi edisi 2026 itu.

Susulan daripada pelawaan rasmi CGF kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu, MOM sudah memulakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan.

Menurut Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kerajaan perlu mempertimbangkan tawaran tersebut susulan ia adalah peluang sekali seumur hidup.

BACA:“Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

“CGA Malaysia dan CGF telah berbincang mengenai peluang Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada tahun 1998.

“Oleh itu, CGA Malaysia berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan peluang sekali seumur hidup ini, dan sokongan serta pelaburan kewangan yang berkaitan.

“Ini akan membina kejayaan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan meletakkan Malaysia kembali dalam peta sukan dunia.

“Dengan fasiliti bertaraf dunia sedia ada, Malaysia bersedia untuk menganjurkan acara antarabangsa ini melibatkan 74 negara dan wilayah Komanwel.

“Penganjuran ini juga akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang minimum dan membawa faedah sosio-ekonomi yang ketara kepada negara.

“Ia juga akan meningkatkan taraf sukan Malaysia seperti yang dilakukan selepas ketika edisi 1998. Untuk tujuan ini, CGF dan CGA Malaysia telah menawarkan cadangan yang menarik kepada Kerajaan Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan menyerahkan keputusan berkenaan kepada jemaah menteri.

Untuk makluman, Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama yang pernah menjadi tuan rumah dalam Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Sebanyak 214 acara dipertandingkan dalam 15 sukan dengan 3,638 atlet berentap dalam kejohanan itu.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Olympic Council of Malaysia/Facebook

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?