Siakap Keli
shaun king peluk islam
Kredit: Youtube & X

Aktivis AS, Shaun King & Isteri Peluk Islam Pada Hari Pertama Ramadan

Aktivis AS, Shaun King & Isteri Peluk Islam Pada Hari Pertama Ramadan

Penulis dan aktivis asal Amerika Syarikat (AS), Jeffery Shaun King bersama isterinya, Rai King dilaporkan telah memeluk Islam pada 1 Ramadan.

Difahamkan, kedua-duanya telah melafazkan syahadah pada Isnin dan ditayangkan menerusi satu sesi siaran langsung di laman Instagram.

Bacaan lafaz syahadah bagi kedua-dua saudara baharu ini telah dipimpin rakan King iaitu, Omar Suleiman.

Omar yang juga merupakan seorang pendakwah terkenal telah bersahabat dengan King selama lebih dari 10 tahun.

Lelaki yang berusia 44 tahun itu telah mengenakan keffiyeh Palestin semasa melafazkan syahadah di hadapan khalayak ramai.

Beliau mengatakan keputusan ini diambilnya selepas melihat penderitaan, kesengsaraan dan trauma di Gaza, Palestin selama enam bulan.

“Perkara ini telah menyentuh hati saya kerana mereka tinggal di kawasan paling berbahaya di planet ini dan tidak mampu melihat banyak perkara melainkan runtuhan bangunan dan jasad orang kesayangan tetapi mereka juga masih dapat melihat makna dan tujuan kehidupan.

“Kepercayaan dan keimanan mereka terhadap agama Islam bukan sahaja telah membuka hati saya, malah jutaan hati manusia di seluruh dunia,” kata King.

King bersifat proaktif dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan

King telah meletakkan dedikasinya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan hak asasi kemanusiaan menerusi penulisannya.

Beliau telah menulis mengenai hak asasi kemanusiaan, kekejaman polis, pemenjaraan beramai-ramai serta salah laku penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, beliau juga merupakan antara penyumbang kandungan penulisan di pelbagai agensi media seperti Daily Kos, New York Daily News dan The Young Turks.

Sepanjang perjuangan dalam dunia aktivis, King turut mengasaskan sebuah kumpulan kebajikan, Grassroots Law Project, dan memulakan pelbagai kempen di internet, laman sesawang dan organisasi termasuklah, opeMob.org, Justice Together, Real Justice PAC dan The North Star.

Kini, King dan isterinya menetap di New York bersama lima orang anak dan dua daripadanya merupakan anak angkat.

BACA: Jadual Waktu Berbuka & Imsak Di Seluruh Malaysia 2024

Sumber: TRT World 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma