Siakap Keli
cara segar sayur
Gambar: TikTok @cikkpuanshikin

Jangan Buang Kalau Sayur Layu, Guna Cara Ni ‘Confirm’ Kembali Segar

Jangan Buang Kalau Sayur Layu, Guna Cara Ni ‘Confirm’ Kembali Segar

Sayur-sayuran merupakan makanan yang penuh khasiat dan mempunyai sumber nutrien yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Jadi, tidak hairan sekiranya ia menjadi barangan dapur yang wajib ada di rumah.

Setiap kali hari gaji tiba, tentunya para ibu menyerbu pasar raya bagi membeli kelengkapan rumah dan barangan dapur tidak kira kering mahupun basah.

Sebahagian isi rumah merancang untuk membeli stok selama seminggu atau dua minggu tetapi ada juga yang membeli sehingga sebulan terus.

Menerusi cara ini, mereka tidak perlu pening untuk pergi ke kedai dengan kerap kerana semua keperluan sudah tersedia.

Daun kari, daun bawang, sayur sawi, daun sup dan daun ketumbar antara sayuran yang biasanya disimpan dalam peti. Ini kerana, sayuran-sayuran yang disimpan dalam peti ais dapat melambatkan sayur daripada layu dalam tempoh yang lama.

Perkara ini membolehkan isi rumah memasak sebelum semua sayuran itu rosak, layu dan menjadi busuk.

Kebiasaannya, sayur yang sudah rosak dan layu cenderung untuk dibuang. Tapi pernahkah anda terfikir sebenarnya sayur-sayur yang layu boleh kembali segar?

BACA: Pemain Arsenal, Elneny Buka Ruang Solat Untuk Pemain Di Stadium Emirates

Sayuran tersebut boleh kembali segar sekiranya anda tahu caranya. Tak susah pun untuk ikut caranya, hanya perlukan beberapa bahan sahaja.

Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian seorang pemilik akaun TikTok @cikkpuanshikin di bawah. Semoga bermanfaat.

Cara-cara buat sayur kembali segar

Gambar: TikTok @cikkpuanshikin

1. Isi air sejuk (bukan air masak) ke dalam bekas bersama sayur. Pastikan air yang diisi sampai menutupi sayur (tenggelam).

2. Kemudian, biarkan sayur tadi di dalam bekas sehingga ia kembali segar.

3. Selepas tiga jam, sayur kembali segar seperti baru sahaja dipetik dari ladang.

Untuk melihat secara visual cara ini, tonton video di bawah.

@cikkpuanshikin

Sayur layu jangan buang tau korang, buat macam sy ajar ni 😚 #tipssayursegar #sayursegar #fyp #tipsandtricks

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Sumber: Tiktok @cikkpuanshikin 

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?