Siakap Keli

10 Gajet ‘Jatuh’ Harga Sepanjang Ramadan, Berbaloi Beli Untuk Raya

Selepas sebulan berpuasa, tibalah masanya untuk kita semua menyambut hari lebaran. Setiap kali perayaan besar ini hadir, pasti perasaan menjadi berkobar-kobar dan keterujaan memuncak, kan?

Biasanya, pada pagi 1 Syawal, kita akan menggayakan baju raya yang serba-baharu ketika berkumpul dengan ahli keluarga. Ketika itu, macam-macam aktiviti kina nak buat.

Selain menjamu selera, kita juga akan bergambar dengan keluarga dan berselfie, merakam detik-detik manis bersama ibu ayah dan adik-beradik yang lain.

Jadi, apa kata, untuk menambah keterujaan yang ada, korang salin sekali telefon bimbit masing-masing supaya gambar yang diambil lebih manis, berseri dan berkualiti.

Mujurlah, dalam tempoh yang memerlukan banyak modal ini, HUAWEI tampil menawarkan diskaun menerusi HUAWEI Ramadan Sale untuk pelbagai peranti, seperti telefon bimbit, tablet dan juga laptop.

Diskaun-diskaun yang ditawarkan kali ini memang tak masuk akal, ada peranti yang ditawarkan potongan sehingga RM1,300 tau. Fuhhhh, kaw kaw.

Kalau korang ‘angkat’ satu peranti HUAWEI yang ditawarkan diskaun ini, confirm pagi raya jadi lebih bergaya. Ramai la yang terbeliak mata tengok korang selfie dengan telefon bimbit baru.

Panjang pula kita borak, kan? Mana senarai peranti-peranti HUAWEI yang ditawarkan diskaun tu. Usah risau, kami senaraikan dibawah. Siap ada free gift lagi bagi setiap pembelian. Berbaloi sangat-sangat.

HUAWEI P60 PRO (12+512GB)

Dijual pada harga asal RM5,499, HUAWEI menawarkan diskaun sebanyak RM1,300 untuk peranti flagship ini.

Selain itu, jika trade in dengan peranti lama HUAWEI di HUAWEI Experiences Store, korang akan dapat rebat sehingga RM500. Pembelian juga disertakan dengan hadiah istimewa HUAWEI Soundjoy bernilai RM699.

HUAWEI MatePad 11.5 WiFi (6+128GB)

Tablet daripada HUAWEI ini dijual pada harga bermula RM1,499. Korang yang membeli peranti ini juga akan membawa pulang hadiah percuma HUAWEI Keyboard dan M-Pencil 2nd Gen bernilai RM998.

HUAWEI MatePad 13.2

Tablet premium daripada HUAWEI ini dijual pada harga bermula RM4,599. Bagi setiap pembelian peranti tersebut, korang akan menerima hadiah percuma HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen dan HUAWEI Bluetooth Mouse bernilai RM1,547.

Siri HUAWEI MateBook

Bagi siri laptop HUAWEI pula, HUAWEI menawarkan diskaun sebanyak RM600. Untuk setiap pembelian, korang akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM896.

HUAWEI FreeClip

Satu lagi produk HUAWEI yang ditawarkan diskaun adalah HUAWE FreeClip. Dijual pada harga RM899, korang akan menerima hadiah percuma termasuk HUAWEI Band 8 dan Gift Pack bernilai RM367.

HUAWEI MatePad SE

Tablet kelas permulaan daripada HUAWEI ini dijual pada harga RM999, namun untuk tempoh terhad, korang boleh mendapatkan HUAWEI MatePad Folio Cover pada harga bernilai RM129.

HUAWEI WATCH GT4

Tak sah beraya kalau tangan tak sarung jam tangan baru, kan? Jadi, apa kata korang angkat je HUAWEI WATCH GT4. Jam tangan pintar yang dijual bermula harga RM1,099 ini ditawarkan dengan diskaun sehingga RM300.

Jika dibeli dalam tempoh tawaran, korang juga akan mendapat hadiah percuma HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap dengan jaminan lanjutan satu tahun.

Yang bestnya, selain gajet di atas, HUAWEI turut menawarkan diskaun untuk pelbagai produknya yang lain.

Diskaun terhad, jangan lambat-lambat

Semua tawaran ini hanya berlangsung sehingga 31 Mac ini sahaja. Jadi, memang tak banyak dah masa yang tinggal, kena grab cepat-cepat sebelum terlepas.

Nak beli kat mana? Korang boleh beli di semua store fizikal HUAWEI iaitu HUAWEI Experience Store.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web, Facebook, X, dan Instagram HUAWEI.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.