Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: Bard AI

Apa Hukum Berbuka Puasa Dengan Rokok? Ini Jawapan Mufti

Athirah

Apa Hukum Berbuka Puasa Dengan Rokok? Ini Jawapan Mufti

Setiap kali tiba bulan Ramadan, antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam tentunya bazar Ramadan, kan?

Di bazar Ramadan ini, pelbagai juadah yang jarang-jarang ada boleh ditemui dan dijadikan menu untuk berbuka. Selalunya, antara menu yang selalu dicari adalah seperti nasi briyani kambing, aneka makanan bergoreng dan kuih-muih tradisional.

Begitu pun, memang tidak dapat dinafikan ada yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa dengan merokok. Sebagai umat Islam yang patuh dengan perintah agama, kita semua sudah tentu sedia maklum dengan hukum merokok dan kesannya kepada kesihatan.

Namun persoalannya, apakah boleh berbuka puasa dengan merokok? Adakah perbuatan itu dibenarkan agama dan apa hukumnya?

Seorang individu tampil bertanya soalan tersebut kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jom kita ikuti kupasan dan jawapan yang disediakan oleh pejabat berkenaan berkenaan isu ini.

SOALAN

Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah sah berbuka puasa dengan cara merokok? Mohon penjelasan? Terima kasih.

JAWAPAN

Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.

Hukum merokok adalah haram. Kami telah hurai dan perbahaskan berkaitan isu merokok ini dalam artikel-artikel berikut:

  • Bayan Linnas Siri ke-18: Merokok: Hukum dan Penyelesaiannya

Sila lihat di pautan berikut: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya

  • Irsyad al-Fatwa ke-63: Hukum Penggunaan Rokok Elektronik/Vapor

Sila lihat di pautan berikut: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor

Justeru, hukum menghisap rokok adalah haram dimana sahaja kita berada dan pada bulan apa sahaja lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Dalam sebuah hadis daripada Anas Bin Malik R.A berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW berbuka puasa sebelum bersolat (Maghrib) dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum beberapa teguk air.

Riwayat al-Tarmizi (696) dan Abu Daud (2356)

Imam al-Tarmizi menghukumkan hadis ini sebagai hasan gharib.

Imam al-Saharanfuri menyebut Nabi SAW akan berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum menunaikan solat Maghrib.

Dikatakan juga, Nabi SAW akan berbuka puasa dengan buah tamar pada musim syita’ (musim sujuk) dan berbuka dengan air pada musim soifi (musim panas).

Baginda SAW juga menyukai berbuka dengan tiga biji tamar atau sesuatu yang tidak dimasak. (Lihat Bazl al-Majhud, 11/91-92)

Imam al-Mubarakfuri menyatakan bahawa hadis ini adalah dalil kepada sunatnya berbuka puasa dengan rutab dan sekiranya tidak ada, maka berbuka dengan tamar dan sekiranya tidak ada tamar maka dengan air. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/311)

Menjawab kepada persoalan di atas, merokok termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa. Bahkan, perbuatan merokok adalah haram dan dilarang di dalam Islam.

Justeru, amat penting bagi umat Islam untuk mengelakkan daripada perkara-perkara haram yang boleh mengurangkan atau membatalkan pahala puasa.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَرُ

Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam.”

Riwayat Ibn Majah (1690) Syeikh Syu’aib menilai hadis ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik.

Demikian juga hadis riwayat Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat al-Bukhari (1770)

Berdasarkan kepada hadis di atas, orang yang berpuasa yang tidak menjaga lisannya daripada berbohong, puasanya adalah puasa yang sia-sia apatah lagi bagi mereka yang berbuka puasa dengan dengan perkara yang haram, maka ganjaran pahala bagi puasanya adalah sia-sia.

KESIMPULAN

Tuntasnya, sunnah Nabi SAW untuk berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau dengan air. Sekiranya, seseorang itu telah merokok pada waktu berbuka, maka dia telah dikira berbuka puasa.

Namun begitu, perbuatan merokok tersebut adalah haram serta dilarang di dalam Islam. Justeru, amat penting bagi mereka yang berpuasa untuk memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa mereka.

Semoga apa yang disampaikan ini memberi kefahaman serta membuka minda kita semua untuk beramal dengan berpandukan kepada Syariat Islam yang sebenar. Amin. Wallahu’alam.

BACA: 15 Maut Dalam Kebakaran Bangunan Di China, Basikal Elektrik Jadi Punca

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan