Siakap Keli
pemuda kedai detailing
Gambar: Siakap Keli

Pernah Ambil Upah Cuci Kereta Jiran, Pemuda Kini Miliki Kedai “Detailing” Kereta Sendiri

Pernah Ambil Upah Cuci Kereta Jiran, Pemuda Kini Miliki Kedai “Detailing” Kereta Sendiri

Siapa menyangka bermula dengan minat mencuci kereta, kini pemuda ini bergelar pengurus cawangan sebuah kedai pembersihan dan pembaik pulih kenderaan secara terperinci, Kasor Detailing pada usia muda.

Abdul Fattah Hafidz Ahmad Ridzuan, 29, atau mesra disapa sebagai Hafiz berkongsikan pengalaman awalnya sewaktu mula menceburi kerjaya ini dalam segman khas Siakap Keli, Ini Kisah Aku.

Mengimbau kembali kenangan pada usia 24 tahun lalu, Hafiz memulakan kerjaya ini menerusi minat mencuci kereta sendiri termasuk mengambil upah mencuci kenderaan jiran tetangga di Manjung, Perak.

“Saya sendiri mula mencuci kereta di rumah saya Manjung, Perak. Saya memang minat basuh kereta hari-hari.

“Minat ni bukan daripada ikut-ikut orang, tapi saya minat cuci kereta sendiri dan ambil upah cucian kereta jiran (di Perak). Selepas habis daripada belajar terus saya jump untuk buka kedai di Bangi dulu,” ujarnya.

pemuda kedai detailing
Gambar: Siakap Keli

Dengan berbekalkan kemahiran yang dipelajari dalam Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dan peringkat diploma, Hafiz sempat berkecimpung dalam dunia perniagaan sebelum menjejakkan kaki ke dunia automotif.

“Sebelum ini, saya belajar Vokasional ambil kos welding dan sambung IKM ambil kos yang sama juga. Kemudian sambung Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal di Sepang,” katanya.

Gambar: Siakap Keli

BACA: Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru

Bercerita mengenai Kasor Detailing, Hafiz berkata dia sering menonton kerjaya ini dari Amerika Syarikat dan Jepun serta cuba mengaplikasi minatnya kepada satu kerjaya.

Tambahnya, kewujudan Kasor Detailing ini dinspirasikan daripada perkataan “Kasar” namun diubah kepada “Kasor” dalam dialek Perak.

Boleh dikatakan rezeki tak pernah salah alamat, selepas pembukaan kedai pertama di Bangi, Kasor Detailing membuka cawangan kedua di Setapak, Kuala Lumpur. Kedai kedua ini kemudiannya dijadikan sebagai headquarters (HQ).

Nak Buat Detailing Kereta Pun Perlu “Skill”?

Menurut Hafiz, di Kasor Detailing ini, ia menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti cucian kereta dan motosikal (polishing), ceramic coating dan painting protecting film serta tinted. 

pemuda kedai detailing
Gambar: Siakap Keli

Namun, proses ini tidaklah mudah yang seperti yang dijangkakan kerana ia memerlukan kemahiran.

“Nak buat detailing ni penuh dengan skill. Skill ni memang kena belajar, dari segi polishing, ceramic coating, iaitu skill untuk menyediakan servis yang betul.

“Dan dia juga tak sama dengan car wash biasa kerana car wash hanya ada basuhan biasa sahaja tak seperti detailing penuh dengan skill dan jiwa seni,” katanya lagi.

Salah satu sebab anak bongsu daripada dua beradik ini memilih detailing daripada car wash biasa adalah ia penuh dengan hasil seni dan kemahiran.

Bukan itu sahaja, untuk memastikan perniagaan ini terus berkembang juga sangat mencabar.

Ia termasuklah faktor seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ragam pelanggan sebelum mula mendapat kepercayaan orang ramai.

Gambar: Siakap Keli

“Yang paling tak boleh lupa adalah PKP yang mana kedai diarahkan tutup. Dua-dua kedai kami, satu di Bangi dan juga di Kuala Lumpur.

“Selain itu, pelbagai ragam pelanggan kami juga perlu penuhi. Ada sesetengah pelanggan minta servis tak sama macam mana yang dia nak, luar daripada jangkaan dia.

“Tapi setakat ini, alhamdulillah semua ni okay sahaja. Banyak maklum balas daripada pelanggan, minta pakej tapi dapat lebih daripada pakej,” kongsinya mengenai cabaran dalam kerjaya ini.

BACA JUGA: Ketahui Sejarah Martabak, Juadah Popular Ketika Ramadan

Selain itu, dia sejujurnya menyatakan untuk mendapatkan kepercayaan orang sekeliling pada awal perniagaan agak sukar, lebih-lebih lagi dia bermula pada usia muda sementara rata-rata individu yang berkecimpung dalam kerjaya ini datang dari usia yang lebih lanjut.

pemuda kedai detailing
Gambar: Siakap Keli

Namun ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya dalam mengusahakan bidang ini hingga menjadi pengurus cawangan Kasor Detailing.

Bahkan, kedai ini juga telah mengikui program anjuran seperti pertunjukan kereta sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Untuk masa hadapan, kita berharap yang Kasor Detailing dapat berkembang di seluruh negara. Itu kita punya impianlah, untuk lebih ramai orang mengenali Kasor,” katanya sambil menambah mengenai penambahbaikan dari segi sistem perkhidmatan pelanggan menerusi aplikasi atas talian.

Gambar: Siakap Keli

Untuk tahu lebih mengenai kejayaan Kasor Detailing ini boleh tonton video di bawah atau layari lebih lanjut di platform media sosial (Instagram, TikTok, Facebook).

Bagi mereka yang ingin melakukan servis detailing di kedai ini boleh datang ke dua cawangan di Kasor Detailing Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan Kasor Detailing di Setapak Kl.

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?