Siakap Keli
kalimah allah sultan johor
Kredit: Sumber: X/ @HRHJohorII

Isu Kalimah Allah: Pemangku Sultan Johor Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Isu Kalimah Allah: Pemangku Sultan Johor Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

JOHOR BAHRU — Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu tular melibatkan kalimah Allah baru-baru ini.

Tunku Ismail dalam satu hantaran di platform X menyifatkan isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh kerana kalimah Allah dipandang mulia umat Islam yang menjadi kaum majoriti di negara ini.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi,” memetik hantaran Tunku Ismail di platform X.

Titah baginda, tindakan itu diambil sebagai langkah bagi memastikan isu seperti itu tidak berulang kembali.

BACA: Jangan Teruskan Pemanduan Kalau Lampu ‘Temperature’ Menyala, Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh.

“Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Saya memandang serius (terhadap) isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung penggunaan kalimah Allah hingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Sumber: X @HRHJohorII

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?