Siakap Keli
lampu temperature menyala
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Jangan Teruskan Pemanduan Kalau Lampu ‘Temperature’ Menyala, Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan

Jangan Teruskan Pemanduan Kalau Lampu ‘Temperature’ Menyala, Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan

Pernah tak sewaktu memandu kenderaan seperti biasa, lampu indikator suhu (temperature) secara tiba-tiba menyala?

Tentunya setiap pemandu kenderaan empat roda pernah berhadapan dengan situasi getir seperti ini.

Bagi yang pernah melalui fasa ini, sudah pasti mengetahui perkara yang perlu dilakukan.

Manakala bagi pemandu yang pertama kali berdepan dengan situasi ini, tentunya rasa panik mula datang menyerang kan? Lebih-lebih lagi tidak mengetahui makna di sebalik fungsi simbol temperature ini.

Menurut pemilik akaun TikTok @atlimatsaujana lampu indikator ini berfungsi sebagai amaran di mana ia akan memberitahu kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan overheat atau terlebih panas.

Perkara ini berlaku berkemungkinan daripada tangki radiator atau enjin kereta berada dalam keadaan terlampau panas.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pemandu adalah berhentikan kereta anda dengan segera di tempat yang selamat.

Ini kerana ia membahayakan enjin kereta jika pacuan empat roda itu masih bergerak dalam keadaan overheat.

Langkah tersebut bertujuan untuk menyejukkan enjin kereta terlebih dahulu selepas simbol berkenaan menyala.

Apa nak buat lepas berhenti kereta? 

Gambar: Virginia Tire & Auto

“Jadi macam ni jangan terus memandu, cari tempat selamat berhentikan kereta korang sejukkan enjin dahulu.

“Selepas tu, periksa air coolant, tapi ingat kalau enjin tengah panas jangan sesekali buka penutup coolant ataupun penutup radiator.

“Sebabnya, bila panas tekanan tinggi. Bila tekanan tinggi, air boleh terpancut. Jadi bila enjin sudah sejuk, barulah buka penutup coolant ataupun penutup radiator.

“Untuk periksa sama ada coolant ada ataupun tiada,” kata lelaki dalam klip tersebut.

BACA: Tular Video Lama, Produk Telah Dilupuskan Secara Tertib – MR DIY

lampu temperature menyala
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Katanya, jika kenderaan kekurangan coolant ataupun kehabisan, pastikan anda sentiasa menyediakan air mineral dalam kereta.

Ini kerana air mineral ini berfungsi untuk mengisi tangki coolant sewaktu berlaku situasi seperti ini.

Nasihatnya, pemandu perlu sentiasa menyemak tangki coolant lebih-lebih lagi mereka yang ingin melakukan perjalanan jauh.

Pastikan paras coolant sentiasa berada pada paras maksimum.

Jika semuanya berada dalam keadaan baik namun lampu indikator ini masih muncul, cepat-cepat bawa kenderaan anda ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik.

Semoga bermanfaat.

@altimatsaujana

Lampu ni kalau menyala korang jangan terus drive,bahaya! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #kereta #altimatautogarage #petronasautoexpert #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

Sumber: TikTok @altimatsaujana

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?