Siakap Keli

Sunway Malls Melancarkan Kempen “Gaya Riang Raya” Dengan Suasana Ala Souk

Sunway Malls Melancarkan Kempen “Gaya Riang Raya” Dengan Suasana Ala Souk

Kuala Lumpur, 15 MAC 2024 – Sunway Malls meraikan ketibaan Hari Raya dengan Gaya Riang Raya – mengambil pendekatan yang moden ke atas perayaan yang istimewa ini di lima pusat beli-belah mereka. Gaya Riang Raya telah dilancarkan pada tanggal 15 Mac di Sunway Putra Mall oleh En. HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks bersama anggota pengurusan kanan yang lain daripada Sunway Malls. Pelancaran kempen ini dibuat dengan merungkaikan karya seni kempen tersebut melalui sebuah persembahan khas, lalu diakhiri dengan sesi berbuka puasa seperti yang diamalkan setiap tahun bersama para wakil dan warga pengurusan kanan daripada Sunway Malls, termasuk para tetamu yang dijemput sebagai rakan pusat beli-belah Sunway dan juga warga media.

sunway malls

sunway malls

Pelancaran ini telah mengambil tempat di Sunway Putra Mall dengan Ruang Legar Utama ala Souk yang meriah, di mana bazar dan pelbagai fabrik yang berwarna-warni menghiasi Ruang Legar Utama pusat beli-belah ini. Pembeli-belah dapat berkongsi kemeriahan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bertema kebudayaan dan pastinya menyeronokkan di pusat-pusat beli-belah Sunway yang lain juga.

Setiap pusat beli-belah membawakan pengalaman serba interaktif yang unik, memastikan kunjungan pembeli-belah diwarnai dengan detik-detik yang indah: Sunway Pyramid menampilkan Gaya Photo Booth, di mana pembeli-belah dapat mengambil gambar mereka di sini dan mencetaknya untuk dijadikan kenangan. Sunway Velocity Mall membawakan Pencahayaan Interaktif di Atrium Utama, menambah satu lagi dimensi keseronokan buat pembeli-belah. Di Sunway Putra Mall, para pengunjung dapat meneroka Pameran Tembikar menerusi sebuah Terowong Pengalaman, memperagakan seni tembikar buatan tangan oleh Touch of Clay. Sunway Big Box Retail Park mengajak pembeli-belah untuk mengamati Sensory Gaya Lava Land, sebuah pengalaman serba imersif dan juga mesra autisme untuk merangsang deria anda. Saksikan karya seni artis tempatan yang disuntik nafas menerusi dekorasi serta item penebusan yang dibawakan oleh pusat-pusat beli-belah ini, termasuk pelbagai kemudahan dan perkhidmatan pelanggan yang bakal membuat pengalaman membeli-belah anda lebih istimewa.

Tidak lupa juga aneka aktiviti dan projek yang berpaksikan komuniti pada bulan Ramadan ini. Program dan aktiviti yang telah dijadualkan di setiap pusat beli-belah sehingga 14 April dirumus untuk dinikmati oleh seisi keluarga, menawarkan aneka pengalaman untuk semua peringkat usia. Dari bengkel kraf tangan hingga ke persembahan yang mengujakan, pembeli-belah dapat mengambil peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama insan tersayang sambil mengukir kenangan yang bermakna.

sunway malls

sunway malls

Setiap pusat beli-belah akan menawarkan item penebusan yang unik buat para pelanggan, menampilkan Sampul Gaya Raya eksklusif yang digubah oleh artis tempatan Nas Suha untuk seluruh Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway, di samping bekas kaca dan mangkuk tingkat di Sunway Putra Mall, Set Kembara Getha di Sunway Pyramid, dan pelbagai ganjaran menarik yang lain di Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Big Box Retail Park.

Bukan itu sahaja, ahli Sunway Super App juga dapat meraih sehinggi 30X mata ganjaran melalui sesi “shopping Raya” mereka, menjadikan pengalaman membeli-belah pelanggan lebih berbaloi di pusat beli-belah Sunway.

sunway malls

Berbuka puasa di Sunway Malls pada bulan Ramadan ini di mana pelbagai restoran tempatan dan antarabangsa menanti para pengunjung, begitu juga dengan aneka tawaran dan kemudahan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah para pengunjung lebih mesra keluarga serta mesra autisme.

  • Sunway Putra Mall

Saksikan dekor pasar ala Souk di Ruang Legar Utama Sunway Putra Mall dari 14 Mac – 14 April dan temui lebih daripada 30+ vendor untuk mendapatkan barangan keperluan Raya anda seperti pakaian, snek dan banyak lagi! Berbelanja dan tebus Set Sampul Gaya Raya, bekas kaca dan mangkuk tingkat. Para pelanggan dengan nilai perbelanjaan yang tertinggi bagi kempen ini juga akan dihadiahkan set perkakas memasak Cosmic!

Amati persembahan yang memukau di Ruang Legar Utama Sunway Putra Mall pada hari Sabtu dan Cuti Umum jam 5 petang, serta bengkel Raya di Selera Street, Aras 4 (di belakang Hot & Roll) pada setiap hari Ahad jam 11 pagi. Untuk sesi berbuka puasa anda, terdapat pelbagai pilihan daripada restoran-restoran terkemuka yang sedia untuk dinikmati.

Juga dalam usaha untuk mendukung bakat-bakat tempatan, anda boleh menyaksikan karya contengan Nas Suha yang unik di sekitar kawasan dekor, serta seni tembikar oleh Cheah Yeow Seng yang diperagakan di terowong interaktif yang turut didirikan di sini. 

  • Sunway Pyramid

Sunway Pyramid menjemput anda untuk mengunjungi dataran utamanya yang diberi nama Orange Concourse dari 8 Mac – 14 April. Diserikan dengan aneka warna dan struktur, berserta Gaya Photo Booth, pembeli-belah boleh merebut peluang untuk mengambil dan mencetak gambar mereka untuk dijadikan kenangan.

Di hujung minggu, pembeli-belah boleh menghasilkan pelapik cawan Mosaic mereka sendiri menerusi bengkel yang akan diadakan pada 17, 24 dan 31 Mac, jam 3 petang. Pada 30 Mac, juga akan diadakan bengkel membuat “bath bomb” LUSH pada jam 3 petang, bagi para pengunjung yang berminat untuk menghasilkan sabun mandian mereka sendiri.

Barangan tebusan yang istimewa juga ditawarkan di dataran tersebut bagi pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM350 (RM250 bagi Pemegang Kad Aeon Credit) semasa tempoh kempen tersebut, seperti Set Sampul Gaya Raya, Set Bekas Kaca, dan Kit Kembara Getha!

  •  Sunway Velocity Mall

Atrium Utama Sunway Velocity Mall akan dimeriahkan dengan aneka booth dan gerai tolak untuk dikunjungi para pelanggan bagi persiapan Raya masing-masing, dari pakaian tradisional hingga ke busana MyHijab dan AMANK Exclusive, termasuk HWC coffee untuk penggemar kopi, aksesori

daripada Nana Collections, botol Montigo dan banyak lagi! Sesi bengkel hujung minggu yang turut disusun oleh pusat beli-belah ini dirumus untuk semua peringkat usia, peserta boleh belajar membuat ketupat, melukis batik, hingga ke membuat lampu pelita. Bukan itu sahaja, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan hujung minggu seperti Gamelan, Tarian Tradisional Melayu, dan Kuda Kepang, yang akan berlangsung dari 15 Mac hingga 14 April 2024.

Pembeli-belah turut berpeluang untuk menebus dua set Sampul Gaya Raya, Set Balang Gourmet Raya atau Bakul Teh dengan Set Kopi HWC apabila mereka membuat pembelian semasa musim perayaan ini. Pembeli-belah yang berbelanja di Sunway Velocity Two dan menebus mana-mana barangan yang ditawarkan juga akan layak untuk menerima baucar tunai RM50 AEON MaxValu Prime. Bukan itu sahaja, para pelanggan dengan nilai perbelanjaan tertinggi turut berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM25,000!

  • Sunway Carnival Mall

Sempena ketibaan Hari Raya, rebut pelbagai tawaran yang menarik di Sunway Carnival Mall, termasuk hamper hadiah, hadiah gaya hidup dan banyak lagi! Pembeli-belah boleh mengunjungi “Agrofiesta Aidilfitri”, sebuah kolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di Aras G untuk menyempurnakan sesi “shopping Raya” anda. Agrofiesta Aildilfitri menempatkan 19 booth yang menawarkan aneka makanan seperti biskut, juadah tempatan, aksesori dan banyak lagi dari 14 Mac 9 April 2024.

Nikmati Riang Activities seperti persembahan dan bengkel pada hujung minggu dari 14 Mac – 14 April dan tebus hadiah apabila anda berbelanja, seperti Set Sampul Gaya Raya, Balang Kaca Kaison, Gel Mandian Watsons di samping penebusan eksklusif Keping Emas SK Jewellery hanya pada 7 April! 

  • Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub

Nikmati suasana ala Souk di Ruang Legar Utama Sunway Big Box Retail Park dari 22 Mac – 22nd April, termasuk Gaya Lava Land – sebuah permainan interaktif berpaksikan sensori yang mesra autisme, dirumus untuk keseronokan anak-anak anda! Juga jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Persembahan Tarian Raya dari 10 – 14 April jam 2 petang dan 4 petang.

Beli-belah di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub untuk menebus Set Sampul Gaya Raya atau Beg Jute yang menawan, hadir dengan corak rekaan Gaya Riang Raya oleh artis Nas Suha! Para pengunjung juga boleh mendapatkan Kurma atau Biskut Raya PERCUMA pada hari-hari terpilih antara 30 Mac 14 April di Kaunter Penebusan, Aras G di Ruang Legar Utama.

Kraftangan Malaysia akan menghoskan Festival Kraf Kebangsaan dari 22 Mac 1 April dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di mana Perkampungan Kraf akan diwujudkan untuk pembeli-belah mengamati dan mempelajari seni kraf tangan tradisional di Box in Box, Aras G. Terdapat pelbagai barangan kraf dan tekstil yang boleh dilihat dan dibeli, malah para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai Pertandingan Kraf jika mereka ingin mencungkil kreativiti masing-masing.

  • Sunway Giza Mall

Jika anda berada di sekitar kawasan Kota Damansara, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sunway Giza Mall dan saksikan dekor serta bazar yang mewarnai Centre Boulevard, Aras G dari 14 Mac – 20 April. Pembeli-belah boleh mendapatkan barangan keperluan Raya mereka dari MBG Fruits atau Village Grocers, berbuka puasa di Absolute Thai dan memuaskan deria manis mereka di Tealive, Llaollao atau Baskin Robbins.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang setiap pusat beli-belah Sunway!

Nurul Naqiyah