Selepas Menara A dan B mencatatkan kadar pembelian sebanyak 98% dalam tempoh dua tahun, Sunway Property hari ini mengumumkan pelancaran awal (soft launch) Menara C, iaitu menara terakhir Sunway Velocity 3 yang berlangsung secara maya pada 10 Oktober 2026. Pembeli rumah Sunway Property dan individu berdaftar telah memilih dan membuat tempahan untuk unit pilihan masing-masing melalui portal digital, dengan lebih 100 unit ditempah dalam talian.
Pelancaran secara maya pada 10 Oktober 2026 itu membolehkan pembeli berdaftar memilih unit dan membuat tempahan melalui portal digital. Lebih 100 unit ditempah dalam talian pada hari pelancaran.
“Sambutan terhadap Menara C mengukuhkan keyakinan kami bahawa pembeli menghargai kediaman yang dirancang dengan teliti serta dihubungkan dengan keperluaan yang penting dalam kehidupan seharian. Sebagai Master Community Developer, kami menggabungkan kediaman, peruncitan, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk membangunkan komuniti yang membolehkan penduduk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Kerangka Sunway Design & Development Architecture (SDDA) menjadi panduan dalam perancangan dan pembangunan kami, dengan fokus kepada nilai jangka panjang untuk pemilik rumah dan pelabur. Pendekatan yang sama turut diterapkan dalam pengalaman pembelian melalui pelancaran awal digital ini, yang memberikan fleksibiliti kepada pembeli untuk meneroka pembangunan ini di galeri jualan sebelum membuat tempahan dalam talian mengikut keselesaan mereka,” kata Chong Sau Min, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property.
Menara C menyusuli sambutan menggalakkan terhadap Menara A dan B yang merangkumi kira-kira 1,600 unit secara keseluruhan. Menara A juga telah mencapai peringkat topping-out. Ini menunjukkan sambutan terhadap menara-menara terdahulu telah membawa kepada kemajuan di tapak pembinaan.

Kediaman Lebih Luas Untuk Keluarga dan Pembeli Kediaman Sendiri
Menara C menawarkan konsep kediaman yang berbeza daripada menara-menara terdahulu, yang lebih fokus kepada keluarga dan pembeli kediaman untuk sendiri. Berikut adalah ciri-ciri Menara C yang dibangunkan berlandaskan kerangka SDDA Sunway Property:
Kediaman Luas: Unit berkeluasan kira-kira 775 hingga 1,324 kaki persegi, menyediakan lebih ruang untuk keluarga serta pembeli kediaman sendiri.
Susun Atur Empat Bilik Tidur: Pilihan yang jarang ditawarkan di pasaran, sesuai untuk keluarga besar, isi rumah dari pelbagai generasi dan mereka yang memerlukan ruang untuk bekerja dari rumah.
Unit Dwi-Kunci: Menara C merupakan satu-satunya menara di Sunway Velocity 3 yang menawarkan unit dwi-kunci, sesuai untuk kediaman sendiri, keluarga dari pelbagai generasi atau tujuan pelaburan.
Akses yang Mudah: Dihubungkan dengan stesen MRT dan LRT, hanya satu stesen dari TRX serta mempunyai akses terus ke Sunway Velocity Mall.
Sebahagian daripada Sunway Velocity: Dihubungkan terus dengan pembangunan bersepadu Sunway Velocity, membolehkan penduduk menikmati kemudahan pengangkutan, peruncitan, gaya hidup, penjagaan kesihatan dan pendidikan dalam perbandaran tersebut.
Mesra Haiwan Peliharaan: Kawasan permainan luar khusus menyediakan ruang untuk haiwan peliharaan bermain dan bersenam, selaras dengan gaya hidup bandar yang kontemporari.
Sunway Velocity: Pembangunan Merentasi Sedekad
Sebagai Master Community Developer, Sunway Property membangunkan Sunway Velocity 3 sebagai sebahagian daripada komuniti bersepadu yang lebih luas, bukan sekadar sebuah kondominium. Sunway Velocity 3 merupakan pembangunan terbaharu dalam perbandaran Sunway Velocity, yang dibangunkan sejak sedekad lalu untuk mengubah kawasan kejiranan matang di Cheras kini menjadi hab bersepadu yang membolehkan penduduk tinggal, membeli-belah, menuntut ilmu dan mendapatkan rawatan kesihatan dalam satu kawasan. Dengan akses terus ke pembangunan bersepadu Sunway Velocity, penduduk Sunway Velocity 3 dapat menikmati rangkaian pengangkutan serta kemudahan peruncitan, gaya hidup, penjagaan kesihatan dan pendidikan dalam perbandaran tersebut. Antara kemudahan utamanya ialah Sunway Velocity Mall, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kolej Sunway @ Velocity, Sunway Velocity Hotel dan Central Park seluas dua ekar. Sunway Velocity turut meraih pelbagai pengiktirafan, termasuk anugerah World Gold dalam kategori Mixed-Use Development di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2026 dan FIABCI Malaysia Property Award 2024, kedua-duanya bagi Sunway Velocity TWO (Fasa 1), serta Anugerah Gangsa di The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2023.
Akses Mudah ke Pusat Bandar
Menara C terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar Kuala Lumpur, dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan dan rangkaian pengangkutan untuk penduduk serta pelabur:
Pengangkutan Rel: Kira-kira 500 meter dari stesen pertukaran MRT dan LRT Maluri serta 940 meter dari stesen MRT Cochrane. TRX hanya satu stesen jauhnya, dengan akses kepada rangkaian MRT dan LRT.
Rangkaian Jalan Raya: Akses ke Jalan Tun Razak, Lebuhraya SMART, New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan Sambungan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya Eastern Extension, BEE).
Pusat Beli-belah dan Mercu Tanda: Berdekatan dengan pelbagai destinasi membeli-belah dan gaya hidup utama, termasuk Sunway Velocity Mall (450 meter), IKEA Cheras dan MyTOWN (1.5 km), TRX (4 km), Berjaya Times Square (4 km), Pavilion Kuala Lumpur (4 km) dan KLCC (5 km).
Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan: Pusat Perubatan Sunway Velocity dan Kolej Sunway @ Velocity terletak dalam perbandaran Sunway Velocity.
Pengalaman Pembelian Kediaman Secara Digital
Pelancaran Menara C turut memperkenalkan pengalaman pembelian yang lebih berteraskan digital. Pembeli boleh mengunjungi galeri jualan untuk meneroka pembangunan ini serta melihat model skalanya sebelum mendaftar dan mengakses portal digital bagi memilih unit serta membuat tempahan. Pendekatan ini menggabungkan pengalaman di galeri jualan dengan kemudahan membuat tempahan dalam talian.
Pembeli rumah dan pelabur dialu-alukan untuk mengunjungi Galeri Jualan Sunway Velocity 3 bagi melihat unit pameran serta mendaftarkan minat untuk unit yang masih tersedia.
Untuk maklumat lanjut tentang projek ini, layari laman web kami DI SINI dan ikuti halaman Instagram Sunway Property di @sunwayproperty untuk perkembangan terkini tentang pelancaran dan acara akan datang.
