Siakap Keli
bil plat nama elektrik
Gambar: Muhammad Faris Abdullah

“Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Musim-musim panas ini tentunya rumah banyak menggunakan barangan elektrik seperti penghawa dingin, kipas dan banyak lagi dengan lebih kerap.

Bahkan ada juga yang membeli kelengkapan ini untuk menghilangkan bahang di rumah. Bagaimanapun, dari sudut pandang lain, tentunya bil elektrik semakin meningkat dengan pertambahan barangan ini.

Meskipun kebanyakan barangan elektrik banyak sudah ditambah baik dengan teknologi penjimatan elektrik, namun sebagai pengguna kita perlu mengambil berat dari aspek lain seperti penggunaan kuasanya kerana ia mempengaruhi bil elektrik rumah anda.

Oleh itu, SK hari ini, akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh Muhammad Faris Abdullah tentang bagaimana membaca plat nama elektrik.

Ini cara baca plat nama elektrik

bil plat nama elektrik
Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Selalu kita beli penghawa dingin Air Condition(AC) penjual akan beritahu nak beli 1Hp, 1.5HP, 2Hp dan sebagainya.

Apa itu horsepower ataupun HP? HP adalah ukuran kebolehan/capacity penyejukkan sesebuah aircond. 1 unit HP bersamaan dengan ~750W. 

bil plat nama elektrik
Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Macam mana kita nak tahu AC kita betul ke 1HP. Kita boleh baca electrical nameplate di AC pada power input/current. Misalnya AC di rumah saya 1HP ia menggunakan elektrik sebanyak 850W/3.7A setiap jam di bawah normal condition. 

BACA: Tahan Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Bunga Kantan

Di bawah itu juga ada tulis rated power/input current. Apa beza rated input current(6.1A) vs input current(3.7A).

Rated input current adalah kadar maximum current sesebuah aircond akan guna. Ia juga sebagai panduan pendawaian yang diperlukan bagi menghidup sesebuah aircond. Jika anda pakai wayar yang tidak sesuai ianya boleh menyebabkan kecelakaan mahupun kebakaran. Untuk panduan aircond di bawah 2Hp memerlukan pendawaian minimum saiz 2.5mm. 2Hp keatas memerlukan pendawaian minimum saiz 4mm.

Peti ais inverter 5 star rating di rumah saya misalnya pula rated current hanyalah 0.8A. Sangat rendah. Sangat jimat elektrik. 

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Current peti ais di rumah saya hanyalah 0.8A jauh beza berbanding aircond dengan 3.7A. Walaupun kedua-duanya adalah alat penyejuk.

Sebab itulah pentingnya kita tahu baca electrical nameplate pada perkakas elektrik di rumah kita.

Boleh baca samada power rating ataupun input current. Dari situ kita boleh tahu kuat elektrik atau tidak perkakas di rumah kita.

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Perkakas yang kebiasaannya kita selalu ON untuk tempoh yang panjang seperti peti ais, aircond, mesin basuh, dryer baju kalau boleh carilah yang inverter barulah jimat elektrik.

Sebab ia kuat pakai elektrik dan kita ON untuk tempoh yang panjang.

Kalau perkakas yang tidak ON sekejap sahaja seperti oven, microwave, air fryer dan sebagainya tidak mengapa beli yang biasa bukan inverter. Pernah anda dengar oven inverter? Takda kan? Ya sebab tidak berbaloi.

Kalau bil elektrik kita naik musim panas ini bukan salah peti ais tetapi salah aircond. 

Sumber:  Muhammad Faris Abdullah via Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?