Siakap Keli
meter mileage 999999
Gambar: Instagram @viralno.1 & Pinesthi Mukti Rizky Wibowo

Apa Jadi Kalau Meter Mileage Tunjuk 99999.9? Ini Jawapannya

Apa Jadi Kalau Meter Mileage Tunjuk 99999.9? Ini Jawapannya

Seperti yang  diketahui, terdapat pelbagai simbol atau indikator yang pada meter dashboard kereta dengan pelbagai fungsi untuk memberikan notifikasi kepada pemandu.

Sekiranya anda sentiasa memandu, tentunya anda sudah terbiasa dengan simbol-simbol pada meter kereta anda. Salah satu indikator yang terdapat dalam kenderaan ini adalah jarak tempuh atau biasa dipanggil mileage.

Ia bukan sahaja terdapat pada kereta namun ia juga terdapat pada meter motosikal dan kenderaan bermotor lain.

Lazimnya, bacaan mileage ini digunakan untuk melihat usia sejauh mana kenderaan tersebut telah bergerak berdasarkan bacaan meter.  Bahkan, ia menjadi garis panduan kepada pemandu untuk menukar minyak pelincir atau minyak enjin kereta.

Tapi, pernahkah anda terfikir apa yang bakal terjadi sekiranya bacaan meter telah mencapai digit maksimum iaitu 99999.9? Pastinya anda tertanya-tanya bukan?  Jom ikuti perkongsian di bawah.

Gambar: Pinesthi Mukti Rizky Wibowo

Apa Jadi Kalau Meter Mileage 99999.9?

Menurut Suzuki,  milaege atau dipanggil odometer berfungsi untuk memaparkan jarak tempuh sesebuah kenderaan sejak dari awal penggunaan dalam indeks kilometer (km).

Sebagai contoh, jika kenderaan tersebut menunjukkan angka 20560, ia bermakna kenderaan itu telah menempuh jarak 20.560 kilometer. Tetapi apa yang bakal terjadi jika odometer telah menunjukkan angka maksimum?

Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta Dr. Jayan Sentanuhady menjelaskan, odometer yang telah menunjukkan bilangan maksimum, kemudian akan kembali kepada sifar atau 0.

Sistem ini digunapakai oleh semua jenis odometer sama ada model digital ataupun analog. Menurutnya lagi, jumlah maksimum yang dipersoalkan adalah semua digit memaparkan nombor 9.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

“Kalau semua digitnya 9, ia kemudian akan kembali ke sifar semula,” kata Jayan ketika dihubungi Kompas.

Setiap bacaan meter tersedia lima digit di hadapan koma dan satu digit selepas koma.

Motor Atau Kereta Kembali Baru Ke Lepas Meter “0”? 

Gambar: Instagram @viralno.1

Menurutnya, meskipun odometer kembali kepada 0.0, ia tidak bermakna motosikal atau kereta anda telah menjadi kenderaan baharu. Tetapi, ia akan terus berjalan seperti biasa.

Beri kesan sampingan terhadap kenderaan?

Katanya lagi, pengguna tidak perlu bimbang kerana ia tidak memberi kesan kepada motosikal atau kenderaan lain.

Ini kerana, mengikut fungsinya bacaan tersebut adalah sebagai panduan untuk mengetahui berapa kilometer yang telah ditempuh selain penunjuk bila penyelenggaraan kenderaan perlu dijalankan.

“Tiada kesan pada kenderaan itu,” kata Jayan.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Kompas.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"