Siakap Keli
lelaki iftar bersama kawan
Kredit: TikTok

Demi Kawan, Lelaki Sanggup Redah Ratusan Kilometer Semata Mahu Iftar Bersama

Demi Kawan, Lelaki Sanggup Redah Ratusan Kilometer Semata Mahu Iftar Bersama

Jika seseorang itu merupakan seorang rakan sejati, dia sanggup untuk melakukan apa sahaja demi rakan-rakannya. Kebiasaannya, kebanyakan orang akan merancang untuk berbuka puasa bersama-sama sewaktu awal bulan puasa.

Namun, rancangan tersebut selalunya akan ‘terkubur’ begitu sahaja apabila kebanyakannya sibuk dengan urusan masing-masing.

Akan tetapi, ada juga segelintir orang yang berpegang pada kata-katanya, malah halangan seperti jarak, wang dan masa sanggup diketepikan demi mencipta kenangan tidak ternilai bersama-sama rakan-rakan.

Misalnya, seperti seorang lelaki ini di mana dia sanggup mengadakan sesi jelajah yang memakan jarak ratusan kilometer semata-mata ingin merasa berbuka puasa dan sahur bersama rakan.

Lelaki tersebut telah berkongsi kisahnya menerusi sebuah hantaran di laman TikToknya miliknya (@kedaialai98), baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, dia telah pergi ke beberapa lokasi yang berjauhan dengan tempat tinggalnya, semata-mata ingin berbuka puasa dan sahur bersama rakan-rakannya.

Jelasnya, perjalanan ini dianggap satu perkara yang tidak pernah dicubanya sepanjang hidupnya.

Pemilik TikTok berkenaan telah memulakan perjalanannya daripada Kedah, Pulau Pinang sehingga ke destinasi terakhirnya di Kuala Lumpur.

Selain dirinya, seorang lagi rakannya daripada Kuantan, Pahang turut ‘turun padang’, yang mana perjalanannya kira-kira 253 kilometer dari tempat tujuan mereka.

“Mesti makanan itu mahal kan?

“Taklah, yang lagi mahal member sanggup turun dari Kuantan nak iftar dan sahur sekali,” tulisnya.

Selain itu, pemuda tersebut sekali lagi mengadakan sesi jelajah untuk berbuka bersama rakan-rakannya di sekitar Lembah Klang.

Kali ini, perjalanan yang bersifat spontan itu telah disertai rakannya daripada Perak.

Rakan tersebut difahamkan sanggup meluangkan masa bersama-sama walaupun terdapat kekangan untuk berjumpa dalam jangka masa yang agak lama.

Kemudian, pemuda tersebut berkongsi kisah perjalanan spontannya untuk berbuka bersama rakan-rakannya untuk kali ketiga.

Kali ini lebih meriah dan lokasi kali ini berada di luar kawasan Lembah Klang iaitu Bagan Ajam di Pulau Pinang.

Menerusi perjalanan-perjalanan ini, pemuda berkenaan telah mendapat pengajaran berharga dan semestinya ia menjadi kenangan yang paling bermakna dalam kehidupannya.

“Pengajaran daripada gamble trip adalah berjumpalah dengan orang yang nak jumpa kita,

“Duit boleh dicari, kenangan susah senang nak luangkan masa dengan rakan takkan dapat dah,” kongsinya di laman TikTok.

BACA: Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

Sumber: @kedaialai98 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma