Siakap Keli
suami berbuka puasa

Ini Antara Alasan Suami Akan Bagi Bila Ajak Berbuka Puasa Di Luar, Memang Masuk Akal Juga

Kenapa Suami Lebih Suka Berbuka Puasa Di Rumah Berbanding Luar? Jawapan Ni Memang Tak Disangka

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadan adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh penganut Islam di atas muka ini susulan ia memberi barakah dan lebih mulia dari bulan-bulan yang lain.

Sedang mengejar keberkatan, setiap dari kita sama ada yang sudah melayari bahtera ataupun belum, pasti akan memikirkan Ramadan akan sentiasa menjadi lebih bermakna jika dapat disambut bersama orang tersayang, tidak kira di rumah atau di luar.

Sudah menjadi acara tetap bagi sesetengah orang untuk meluangkan dan mencari masa untuk berbuka bersama yang tersayang dan selain di rumah ramai juga mahu berbuka di luar seperti di restoran, hotel, bersila di padang awam dan banyak lagi.

Tetapi, ada yang gemar untuk berbuka puasa di rumah kerana tidak mempunyai tenaga lebih untuk bersosial selepas waktu kerja, terutamanya bagi golongan yang bergelar suami.

Sungguhpun begitu, pernah tak terfikir kenapa mereka suka berbuka di rumah? Oleh itu, min nak senaraikan sebab tersebut di bawah agar semua lebih faham.

5 sebab kenapa suami lebih gemar berbuka puasa di rumah

1. Mudah untuk solat

Kalau nak tahu, ada banyak sebab yang mempengaruhi ketua keluarga rumah untuk berbuka di kediaman mereka. Antara sebab yang paling mudah adalah tidak ‘renyah’ untuk menunaikan solat fardhu.

Selepas sahaja azan maghrib berkumandang, si suami akan memilih untuk menjamah sedikit makanan sebagai tanda berbuka puasa sebelum mengambil wuduk dan menunaikan solat tersebut.

Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, barulah mereka akan makan hidangan yang disediakan oleh para isteri dan meluangkan lebih banyak masa bersama.

2. Rapatkan jurang, silaturahim

Sebab seterusnya ialah merapatkan jurang antara suami isteri. Ketika sedang sibuk bekerja, pastinya tidak mempunyai masa untuk bertanya khabar, jadi bagi mengelakkan berlakunya jarak sesama sendiri, pasangan akan lebih memilih untuk makan bersama.

Apabila berada pada satu meja, banyak perkara yang boleh dibincangkan selain merapatkan silaturahim dengan pasangan.

3. Jimat masa dan kewangan

Umum mengetahui, ketika membuat keputusan untuk makan di luar, banyak masa yang diperlukan antaranya perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Susah untuk berjimat sekiranya memilih untuk berbuka puasa di luar kerana ia boleh dikatakan tidak mesra poket kerana perlu mengeluarkan duit lebih dari kebiasaan.

4. Makan dengan selesa

Makan di rumah juga menjamin keselesaan yang tidak boleh didapatkan pada mana-mana tempat. Apabila berada pada keadaan yang selesa, diri juga akan lebih menikmati suasana dan makanan yang dihidang.

Berbeza pula apabila makan di luar, individu perlu bersesak-sesak untuk beli makanan dan suasana persekitaran juga sedikit berbeza dengan di rumah.

5. Tak perlu keluar ke bazar, boleh masak atau buat pesanan di Grab

Memasak di rumah semestinya adalah pilihan yang bijak kerana tidak perlu menghadapi kesesakan lalu-lintas, namun jika balik kerja pun dah penat, mana nak cari tenaga untuk memasakkan?

Jadi, ada yang buat keputusan untuk buat pesanan di aplikasi Grab, hanya tekan-tekan di telefon pintar, dan makanan akan dihantar ke hadapan pintu rumah anda.

Macam-macam pilihan makanan dan kedai ada, mengikut selera anda pada waktu itu. Apa yang lebih menarik sekarang, aplikasi Grab membolehkan anda untuk membuat pesanan berkumpulan.

Berbuka puasa beramai-ramai sememangnya seronok jadi lebih senang untuk buat pesanan secara berkumpulan. Kalau nak berbelanja sesama sendiri pun boleh tapi kalau nak bayar sendiri juga tiada masalah kerana bil boleh diasingkan.

Setiap orang yang mahu buat pesanan, boleh menggunakan ciri terbaru iaitu Group Order. Sekiranya pesanan dibuat secara beramai-ramai ia lebih menjimatkan, jadi tidaklah membazir kerana semasa tibanya perayaan Hari Raya mesti banyak benda yang mahu dibeli.

Banyak tawaran yang disediakan oleh Grab, anda bukan sahaja boleh memesan makanan malah boleh bersedekah menerusi GrabRewards kepada golongan yang memerlukan dan Grab akan memadankan setiap sumbangan bagi menyokong badan amal kebajikan rakyat di negara ini.

Penggunaan GrabRewards dalam menderma semestinya memudahkan urusan umat Islam kerana dengan hanya satu klik sahaja ia mampu mengubah hidup golongan yang memerlukan.

Bukan sahaja boleh jimat, malah semasa dalam penjimatan itu ia boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain. Jadikan raya yang lebih bermakna kepada mereka yang memerlukan. Buat pesanan beramai-ramai di sini sekarang.

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana