Siakap Keli
baju lama selimut
Kredit: Facebook

Jangan Buang Baju Lama Anak, Boleh Ubah Jadikan Sebagai Selimut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Buang Baju Lama Anak, Boleh Ubah Jadikan Sebagai Selimut 

Ketika menyelongkar almari, sudah semestinya kita akan menemui timbunan pakaian lama yang sudah lama ‘menetap’ di dasar almari.

Pelbagai sebab yang menyebabkan pakaian tersebut masih berada di dasar almari antaranya pakaian anak-anak ketika masih kecil, yang mana sudah tidak muat lagi.

Ada juga sebab pakaian tersebut sudah tidak dapat dipakai kerana sudah lusuh atau mengalami kesan koyakan yang tidak dapat dibaiki lagi.

Akan tetapi, anda masih ingin menyimpan pakaian-pakaian ini kerana memiliki nilai sentimentalnya yang tersendiri. Namun, ruangan di dalam almari tidak membenarkan anda untuk menyimpan lebih lama.

Terdapat satu cara untuk mengosongkan isi almari anda, pada masa yang sama menyimpan pakaian yang bersifat nostalgia ini

Seorang pengguna Facebook, Ain Amira telah berkongsi salah satu cara menarik untuk mengabadikan nilai sentimental pada baju-baju lama ini.

Setiap helai baju lama yang anda miliki boleh dijadikan sebagai selimut yang selesa, jika anda tahu cara untuk menghasilkannya.

Menurut Ain Amira, beliau telah menerima dua beg pakaian kanak-kanak daripada seseorang. Difahamkan, pakaian tersebut merupakan pakaian terpakai.

Penghantar beg pakaian tersebut meminta wanita itu untuk menghasilkan sesuatu daripada pakaian-pakaian lama ini.

“Terima dua beg berisi baju kanak-kanak terpakai daripada seseorang. Minta dijadikan sesuatu dari baju-baju ini.

“Dilema golongan ibu apabila (baju) anak-anak dah tak muat macam ni kan?”

“Nak disimpan, banyak sangat. Nak dibuang, tapi sayang. Nak bagi orang, macam tak padan,” tulis Ain di ruangan kapsyen.

Maka, beliau telah menjadikan pakaian-pakaian tersebut sebagai satu selimut yang selesa.

Cara pembuatannya agak mudah, anda perlu memotong pakaian-pakaian tersebut dalam satu saiz yang sama. Kemudian, jahitkan setiap potongan kain tadi sehingga membentuk satu selimut yang besar.

pakaian baju lama selimut
Kredit: Facebook

Tindakan ini sangat bijak dan bersifat mesra alam, yang mana pakaian-pakaian telah dikitar semua untuk menjadi produk yang baharu.

Selain itu, kita juga dapat mengimbau kenangan ketika kecil semasa menggunakan selimut tersebut apabila kesejukan.

“Boleh juga diguna dan disimpan jadi kenangan sampai anak tu besar,” kata Ain Amira.

BACA: Sayu, Ramai Yang Tak Beli Baju Raya, Rupa-rupanya Sebab Ni…

Sumber: Ain Amira via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma