Siakap Keli
kisah lebaran sarah
Gambar: TikTok ERA

“Anak-anak Mungkin Faham…” Hadapi Masalah Kewangan, Kisah Lebaran Sarah Buat Ramai Sebak

“Anak-anak Mungkin Faham…” Hadapi Masalah Kewangan, Kisah Lebaran Sarah Buat Ramai Sebak

Menjelang lebaran, sesetengah orang ramai telah mula keluar membeli-belah untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa minggu lagi.

Dalam kemeriahan meraikan hari penuh gembira ini, ada juga segelintir mereka terpinggir daripada sambutan perayaan ini akibat serba kekurangan yang tidak dapat dielakkan.

Perkara ini dikongsikan oleh penyampai radio ERA, Nabil Ahmad, Radin Amir Affendy dan Azad Jasmin sewaktu berborak bersama salah seorang pendengar radio itu menerusi satu panggilan di udara.

Sewaktu diitanya mengenai persiapan raya, wanita yang dikenali sebagai Sarah itu, menceritakan pengalamannya sekeluarga dalam membuat persiapan perayaan tersebut.

Gambar: TikTok ERA

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak menyangka bahawa perkongsian individu yang berasal dari Negeri Sembilan itu membuatkan mereka tidak mampu menahan sebak.

Menurut Sarah, sehinga kini dia sekeluarga masih belum membuat sebarang persiapan raya bahkan persiapan sekolah anak-anak juga masih belum selesai.

“Sekarang ni saya tak boleh nak fikir pasal baju raya. Saya pun tak akan buka mulut pasal baju raya dan anak saya pun mungkin akan faham,” katanya dalam perbualan tersebut.

Difahamkan, kesemua anaknya berumur lima bulan hingga 11 tahun.

BACA: JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Volkswagen dan Toyota

Meskipun suami melakukan dua pekerjaan, sebagai pekerja kilang dan peniaga bazar, namun mereka terpaksa mengetepikan sementara persiapan raya kerana perlu membaiki masalah kereta.

tak pernah ada kuih raya
Gambar: TikTok ERA

“Suami dah ambil advance untuk repair kereta, kereta dah repair tu pun masih hutang lagi bengkel lepas tu nak jadi cerita semalam kereta berasap pula,” ujarnya lagi.

Mendengar nasib yang menimpa ibu kepada empat orang anak itu, Nabil memberitahu bahawa dia dan pihaknya akan membelikan baju raya buatnya dan anak-anak termasuk duit raya dan duit kuih-muih raya.

Manakala bagi masalah kenderaan, pihaknya akan cuba sedaya upaya membantu masalah yang dihadapi wanita tersebut.

Tak Pernah Ada Kuih Raya

“Ya Allah terima kasih Ya Allah, daripada dulu sampai sekarang rumah saya tak pernah ada kuih raya.

“Haha tak pernah ada kuih raya, pastu rasa macam kelakar sebab tak pernah ada kuih raya kat rumah,” ujarnya dengan nada sebak.

Radin yang sedang asyik mendengar kisah wanita tersebut membantah mengatakan kisahnya tidak kelakar, malah membuatnya berfikir kembali tentang perkara yang tidak disyukuri selama ini.

Sementara itu, Radin turut memaklumkan dia akan turut membantu dalam meringan beban yang dihadapi wanita tersebut.

@era.je

Allahu. Kalau kita rasa diri kita ni dah susah, rupanya ada lagi susah dari kita. Bila Sarah cakap baju raya dah lama tak beli, tambah lagi dengan tak pernah ada kuih raya di rumah sepanjang hari raya. Inikan pulak, kereta rosak dah nak raya. Hmm Mengalir air mata bila dengar cerita awak kak. 😭 Alhamdulillah rezeki awak jugak, @nabilzira akan belanja baju raya dan beri sedikit sumbangan. Harap awak terus kuat dan dipermudahkan urusan. 🥺 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Sumber: TikTok ERA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?