Siakap Keli
pemanggilan semula kia
Gambar: Bernama

JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Volkswagen dan Toyota

JPJ Umum Pemanggilan Semula Beberapa Model Kia, Volkswagen dan Toyota

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pemanggilan semula (product recall) terhadap tiga syarikat pengeluar kenderaan membabitkan Kia, Toyota dan Volkswagen hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, ia melibatkan kereta jenis model Sportage (SL) tahun keluaran 2013 hingga 2015 dengan kuantiti 1,833 buah untuk Kia.

Manakala Volkswagen pula membabitkan model Passat 3C (2019-2022) sebanyak 1,256 buah, Arteon (2020-2023) sebanyak 1,307 dan Golf A8 (2021-2024) sebanyak 1,061.

Toyota melibatkan model Sienta (2016-2019) sebanyak 6,116, Camry 2.5V AT (2021-2023) sebanyak 3,361, Veloz, (2022-2023) 10,168, dan Vios (2022 -2023) sebanyak 11,769 model.

BACA: Apa Jadi Kalau Meter Mileage Tunjuk 99999.9? Ini Jawapannya

“Bagi pemilik kenderaan yang telah mendapat notifikasi pemanggilan semula, hendaklah memberikan kerjasama dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar kenderaan sama ada perlu membuat temu janji terlebih dahulu atau mematuhi jadual giliran yang telah ditetapkan.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat servis dan bagi memastikan jumlah alat ganti yang dibekalkan bagi proses penggantian komponen pada hari tersebut adalah mencukupi,” maklum JPJ.

Tambah JPJ, kos penukaran alat ganti bagi kenderaan yang terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan.

“Pihak pengeluar kenderaan telah melaksanakan tugas mereka untuk memaklumkan anda dan mereka bersedia menanggung sepenuhnya kos penukaran alat ganti, kini terpulang kepada anda untuk melaksanakan peranan dan hak anda sebagai pengguna,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pemanggilan Semula (Product Recall)

Untuk makluman pemanggilan semula atau Product Recall secara umumnya merupakan suatu aktiviti bagi memanggil semula sejumlah produk oleh pihak pengeluar.

Ia dilakukan apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada produk tersebut yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kaedah pelaksanaan pemanggilan semula ini dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, surat-menyurat rasmi, hebahan di media massa dan sebagainya

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?