Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

Kekosongan Luar Jangka Kerusi Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor

Kekosongan Luar Jangka Kerusi Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima  pemakluman rasmi daripada YB Tuan Lau Weng San, Speaker  Dewan Negeri Selangor, berhubung dengan kekosongan luar  jangka kerusi Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu,  Selangor berikutan kematian penyandangnya mendiang YB  Puan Lee Kee Hiong pada 21 Mac 2024. 

2. Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh  Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX,  kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh  enam puluh (60) hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku  dan disahkan oleh SPR.

3. Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor akan  diadakan pada 4 April 2024 (Khamis). Mesyuarat Khas tersebut  akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh,  Pengerusi SPR. Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain bagi  melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincang dan  diputuskan. 

4. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat  Khas tersebut.  

Sekian, terima kasih.

Nurul Naqiyah