Siakap Keli
Kerja Offshore

Lelaki Kongsi Perbezaan Kerja Offshore Dulu Dan Sekarang, Akui Perubahan Sekarang Terkesan Di Hati

Lelaki Kongsi Perbezaan Kerja Offshore Dulu Dan Sekarang, Akui Perubahan Sekarang Terkesan Di Hati

Jika kita tengok balik 10 tahun atau berdekad yang lalu dengan sekarang, memang banyak sangat perkara yang dah berubah. Tidak kiralah dari sudut positif ataupun negatif. Tidak terkecuali juga, dalam sektor Oil & Gas (O&G), terdapat banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi teknologi, bekalan dan juga lain-lain.

Begitulah senario ataupun situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Rahman Malik yang sudah berkhidmat berpuluh tahun sebagai pekerja offshore. Beliau merupakan anak ketiga daripada 8 adik beradik yang merupakan anak peneroka di Felda di sebuah negeri di pantai timur.

Menurut perkongsiannya, waktu dahulu memang tiada teknologi canggih yang ada seperti sekarang kerana ianya belum dicipta mahupun ditemui. Jadi, setiap satu tugas atau operasi akan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding sekarang di mana teknologi pula yang mengambil alih kerja manusia.

Menurut Rahman, perubahan paling ketara dialaminya adalah dari segi kelengkapan atau peralatan, sama ada di offshore ataupun onshore. Jika dulu, kelengkapan dibekalkan oleh syarikat-syarikat luar yang memang sudah mempunyai nama dan kepakaran dalam bidang ini. Namun, sekarang banyak telah berubah apabila syarikat bumiputera tempatan sudah mula menempa nama dalam projek-projek mahupun tender dalam membekalkan pelbagai kelengkapan dan juga bahan-bahan yang berkaitan.

Kerja Offshore

Jangan korang terkejut pula apabila tengok semegah-megah pelantar di laut, tiada sumbangan daripada syarikat Bumiputera. Buktinya, ada syarikat Bumiputera yang keluarkan, bekalkan serta servis bahagian dalaman struktur pelantar minyak terutamanya bagi aktiviti gerudi. 

Rahman juga berkongsikan tentang perubahan daripada syarikat-syarikat yang terlibat. Apa yang menarik dan membanggakan adalah kebangkitan syarikat bumiputera di dalam arena O&G. Jika dulu syarikat bumiputera hanya bertindak sebagai subcon, tapi kini mereka seakan-akan sudah mula mendominasi sektor O&G tempatan. Mana tidaknya, mereka kini sudah diberi kepercayaan untuk meraih tender dan projek besar bagi membekalkan atau sediakan servis bagi sebarang keperluan.

Apabila syarikat bumiputera mula terlibat dalam tender dan projek dalam sektor ini, ianya secara tak langsung dapat menaikkan taraf hidup dalam kalangan bumiputera dan penduduk setempat juga. 

Sebagai contoh yang dikongsikan oleh bapa kepada tiga orang puteri ini, jika sesebuah syarikat mendapat projek ataupun tender daripada syarikat petroleum di negara ini, sudah pasti mereka perlukan lebih ramai tenaga kerja supaya segala operasi dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan baik. Oleh itu, peluang pekerjaan akan terbuka kepada lebih ramai bumiputera dan secara tak langsung dapat mengubah hidup seseorang ataupun sesebuah keluarga. 

Kerja Offshore

Dengan kemahiran dan pengalaman serta kualiti yang ditunjukkan, syarikat bumiputera akan lebih berpeluang untuk mendapatkan projek-projek yang lebih besar. Bagi kakitangan yang sudah sedia ada dalam syarikat itu pula, sudah pasti mereka akan mendapat ganjaran yang berlainan daripada sebelum ini kerana pencapaian syarikat yang sangat membanggakan. Jika seseorang kakitangan itu dinaikkan gaji atau mendapat insentif tambahan, pasti keluarganya dapat menikmati pelbagai kemudahan dan keselesaan berbanding sebelumnya.

Dengan perubahan seperti ini, nampaknya syarikat Bumiputera pun semakin bergerak ke hadapan, seiring dengan industri petroleum Malaysia. Mungkin pada masa akan datang, akan ada lebih banyak syarikat bumiputera yang dapat membekalkan sebarang peralatan ataupun servis kepada sektor ini. Kalau korang tahu, cuba teka syarikat bumiputera mana yang dapat tender dan projek paling banyak dalam sektor O&G ini?

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa