Siakap Keli
3 perkara dipelajari mak
Gambar: Facebook Nurlia Mohd Nor

Raikan Keluarga, Wanita Ni Kongsi 3 Perkara Yang Dipelajari Daripada Mak

Raikan Keluarga, Wanita Ni Kongsi 3 Perkara Yang Dipelajari Daripada Mak

Setiap orang pasti mempunyai keinginan tersendiri dalam menyediakan dekorasi rumah. Tidak kira sama ada alatan tersebut kecil, besar, pelbagai bentuk namun, ia masih sedap mata memandang isi rumah.

Lebih-lebih lagi kita sendiri yang tinggal di rumah tersebut, aspek keselesaan, kebersihan, susun atur rumah dan banyak lagi pasti menjadi satu keutamaan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil inspirasi daripada orang lain termasuk ibu bapa sendiri dalam penyesuaian rumah.

Salah seorangnya adalah pemilik akaun Facebook Nurlia Mohd Nor yang berkongsikan perkara ini dari arwah ibunya sendiri.

Jadi tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Ada tiga benda saya belajar dari arwah Mak:-

Gambar: Facebook Nurlia Mohd Nor

1. Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat

Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik atau kaca tapi kalau boleh seragam.

Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan.

Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah.

“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

2. Pastikan telekung kita bersih dan cantik

Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan.

Tetiba jadi berkira dan cincai saja. Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tidak mengapa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih.

Kalau tak sebab reput atau kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau. 

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

3. Sejadah

Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah.

Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.

Saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing atau pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni. 

Harta benda dah beli, sila guna.

Sumber: Facebook Nurlia Mohd Nor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?