Siakap Keli
lapan sekeluarga pengsan
Kredit: Tribun SumSel

Lapan Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung, Seorang Maut

Lapan Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Kampung, Seorang Maut

INDONESIA — Lapan sekeluarga di Lahat, Sumatera Selatan pengsan di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke Bandung, Jawa Barat.

Kejadian itu juga telah menyaksikan seorang daripada mereka maut, lapor Serambi News.

Menurut laporan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dan telah melepasi Plaza Tol Indralaya-Prabumulih (InPra) ketika kejadian.

Kejadian tersebut dianggarkan berlaku kira-kira jam 8.07 pagi (waktu Indonesia Barat) pada 24 Mac lalu.

Pada awalnya mangsa mendakwa menghidu bau seakan-akan bau mercun dan lama-kelamaan semua penumpang  tidak sedarkan.

Salah seorang mangsa yang terselamat menjelaskan dirinya antara tujuh penumpang di dalam kereta yang bertolak dari Lahat itu.

“Kami mahu pulang ke Bandung,” katanya ketika masih dalam keadaan lemah di hospital.

Selama perjalanan dari Lahat menuju Prabumulih, dia menjelaskan kereta yang dinaiki tidak mengalami sebarang masalah.

BACA: Aircond Kereta Tak Sejuk? Abang ‘Foremen’ Suruh Check Guna Benda Ni Je, “Jangan Bazir Tukar Yang Baru…”

Namun sebaik saja memasuki Tol Indralaya-Prabumulih, para penumpang menghidu bau yang tidak menyenangkan dalam kereta.

“Seperti bau mercun. Tapi awalnya kami fikir itu mungkin bau dari luar,” ujarnya.

Mereka meneruskan perjalanan dan bau itu semakin kuat sehingga mereka terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan.

Ketika kenderaan itu berhenti, dia tidak ingat apa-apa sehinggalah tersedar di bilik rawatan hospital.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Ogan Ilir, Asisten Komisioner Polis Muhammad Ilham mengesahkan terdapat lapan orang di dalam kereta tersebut.

“Hasil siasatan awal mengesyaki ia berlaku kerana keracunan dari pendingin hawa kereta,

“Salah seorang mangsa telah meninggal dunia iaitu wanita berusia 65 tahun. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ar Royyan Indralaya,” kata Ilham yang dipetik dari Serambi News.

Sementara itu, tujuh lagi mangsa masih menjalani rawatan intensif di hospital yang sama.

Untuk tujuan siasatan, polis telah menyita kenderaan yang mengalami masalah kerosakan pada pendingin hawa itu.

“Ini masih dalam siasatan. Kenderaan tersebut telah diserahkan ke bahagian unit trafik,” jelas Ilham.

BACA JUGA: Jangan Amalkan, Ini Sebab Bahaya Tidur Dalam Kereta

Sumber: Serambi News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma