Siakap Keli
suara mrt
Kredit: TikTok

Selalu Dengar Dalam MRT, Ini Rupanya Individu Di Sebalik Suara ‘Stesen Berikutnya..’

Selalu Dengar Dalam MRT, Ini Rupanya Individu Di Sebalik Suara ‘Stesen Berikutnya..’

Ketika menggunakan kenderaan awam, sudah semestinya kita akan sentiasa berwaspada dengan stesen-stesen yang dilalui, terutamanya rangkaian transit aliran ringan dan massa (LRT) dan (MRT).

Ini adalah untuk memastikan kita tidak terlepas stesen dan terlajak ke lokasi yang tidak diingini. Biasanya, anda boleh mengenalpasti lokasi terkini anda melalui panel yang berada di bahagian atas kepala penumpang.

Jika penumpang mengalami masalah rabun atau buta, mereka akan bergantung pada pengumuman suara yang bakal diberikan sebelum tren tiba di stesen.

Apabila suara tersebut kedengaran berulang-ulang kali, anda sudah dapat menghafal skrip pengumuman yang dilontar oleh pengisi suara tersebut.

Sepanjang mendengar suara wanita tersebut ketika menggunakan MRT, pernah atau tidak anda tertanya siapakah sosok di sebalik suara yang lunak itu.

Seorang penyanyi, Atilia Haron (@atiliaharon) telah mendedahkan siapakah gerangan di sebalik suara keramat MRT “Stesen berikutnya..”

“Jika anda semua merasa kagum ketika mendengar saya menyanyikan lagu Paddlepop, Malaysia Truly Asia dan sebagainya…”

“Wanita di sebelah saya ni (menunjukkan ke arah wanita tersebut). Boleh awak katakan sesuatu… yang MRT punya,” kata Atilia.

Wanita itu kemudiannya melontarkan skrip ketika tren MRT menuju ke stesen TTDI untuk kedua-dua versi.

“Stesen berikutnya, TTDI… Next station, TTDI,” ujar wanita tersebut.

Lontaran suara yang lunak daripada wanita tersebut persis apa yang kita dengari di dalam tren MRT.

Rupanya, wanita tersebut merupakan individu di sebalik suara yang menemani anda sewaktu menggunakan kenderaan awam itu.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Suehaily Abdullah, yang juga merupakan bekas pembaca berita untuk RTM English.

Legendary! (Seorang lagenda),” Atilia berkata kepada Suehaily sambil menunjukkan perasaan kagum kepadanya.

@atiliaharon

Someone tag Suhaili pls. I love her ❤️

♬ original sound – Atilia Haron – Atilia Haron

Hantaran berkenaan telah menarik perhatian warga maya dengan meraih kira-kira 375.3k jumlah tontonan dan 28.4k likes.

Ramai pengguna TikTok merasa kagum dengan kelunakan suara yang dimiliki Suehaily dan suka mendengarnya sewaktu menggunakan kenderaan awam.

“Suara kak Suehaily selalu saya dengar setiap kali naik MRT ke Damansara,” komen netizen.

“Suara dia sebiji macam yang dalam MRT & LRT punya announcement hehe,” salah seorang netizen meluahkan rasa kagum.

“Rasa macam dalam train,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Atilia telah menjadi tular di media sosial selepas mendedahkan bahawa beliaulah individu di sebalik lagu-lagu komersial popular di Malaysia.

Beliau merupakan penyanyi lagu untuk iklan Paddlepop, Malaysia Truly Asia, dan lain-lain lagi.

BACA: Bila Al-Quran Diturunkan, Malam Nuzul Al-Quran Atau Malam Lailatul Qadar?

Sumber; atiliaharon via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma