Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Boleh Buat Untuk Raya, Ini Resipi Biskut Ulat Bulu
Pejam celik tinggal lagi berapa seminggu sahaja Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, mesti ramai yang tengah sibuk nak buat persiapan hari raya kan?
Ada yang tengah beli baju raya, ada yang sedang menghias rumah dan paling penting membuat persiapan kuih raya. Mana tidaknya waktu inilah penjual biskut atau kuih raya sedang sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan mereka.
Memang di pasaran terdapat bermacam-macam jenis pilihan kuih raya yang boleh dibeli sesuai dengan selera kita. Nak jamu tetamu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti kena ada biskut raya yang sedap kan?
Bosan juga kalau asyik jamu cornflakes madu dan semperit sahaja.
Justeru, kali ini SK nak kongsikan resipi kuih raya yang unik dan mudah. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita ini menunjukkan cara-cara mudah untuk membuat biskut ulat bulu yang boleh dijadikan sebagai hidangan hari raya nanti. Ikuti perkongsian di bawah ini. Semoga bermanfaat.
BISKUT ULAT BULU
Bahan-bahan:
300 gram tepung gandum
150 gram tepung jagung
50 gram susu tepung
180 gram minyak sapi
100 gram mentega
100 gram gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yang dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan daripafa 1 biji buah kurma (Boleh juga guna jem kurma, tapi agak leceh untuk dibentuk)
Gula kastor (hiasan, tabur diatas biskut)
Cara-cara:
Putar gula icing dan mentega hingga sebati.
Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan dan susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli dengan tangan hingga sebati.
Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dapat dibentuk tidak perlu habiskan 300 gram.
Selepas itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat. Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160-180 celsius.
Agak sukar untuk menentukan biskut ini masak atau tidak sebab walaupun sudah masak biskutnya masih lembut, tetapi kalau sudah letak diluar, ia akan mengeras sendiri.
Untuk menentukan dah masak tengok dibawah biskut agak kekuningan.
Sesudah diangkat dari oven, taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan salutkan gula semasa biskut masih panas, jika dah sejuk gula tidak akan melekat).
BACA: Telur Dadar Pad Kra Pao Resipi Pertama Khairul Aming Untuk Bulan Puasa