Siakap Keli
pintu pesawat belah kiri
Kredit: AFP

Kenapa Pintu Penumpang Naik Pesawat Selalu Belah Kiri? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Kenapa Pintu Penumpang Naik Pesawat Selalu Belah Kiri? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Pengangkutan udara selalu menjadi pilihan para pengembara yang mahu bergerak merentasi negara atau ketika menempuh perjalanan yang jauh.

Sebelum masuk ke dalam ‘perut’ pesawat, setiap penumpang biasanya akan naik, sama ada menggunakan tangga atau jet bridge menerusi pintu yang ada pada bahagian kiri pesawat.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir, sepanjang pengalaman anda menaiki kapal terbang, kenapa pintu masuk semua pesawat ada pada bahagian kiri?

Kenapa pintu pesawat semua belah kiri, bukan kanan?

Justeru, kali ini SK ingin berkongsi dengan anda semua beberapa sebab yang boleh menjawab pertanyaan anda di atas.

Memetik portal Aircraft Nerds, sekurang-kurang ada dua penjelasan mengapa pintu pesawat ada pada bahagian kiri.

Kedua-dua faktor berkenaan pula ada kena mengena dengan tradisi atau sejarah dan juga faktor keselamatan ketika pesawat beroperasi di lapangan terbang.

Tradisi yang diambil daripada pengangkutan laut

Menurut Travel and Leisure, sebenarnya idea menaiki pesawat dari sebelah kiri pesawat diambil daripada tradisi yang diamalkan oleh kapal laut.

Pada kapal laut, terdapat dua sisi yang dikenali sebagai port dan starboard. Kedua-duanya adalah terma yang merujuk sisi kiri dan kanan bot dan digunakan dalam kenderaan-kenderaan laut suatu ketika dahulu.

Manakala etimologi portside pula mempunyai kaitan dengan perbuatan menaiki bot daripada sisi kiri.

Menurut National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), istilah starboard pula berasal daripada perkataan Inggeris lama iaitu stéor (mengemudi) dan bord (sisi bot).

Suatu ketika dahulu, jurumudi biasanya mengemudi bot menggunakan alat pengemudi yang dikenali sebagai stearing oars. Disebabkan rata-rata manusia adalah dominan tangan kanan, makan alat mengemudi tersebut dipasang pada sisi kanan bot.

Steer Oars | Gambar: Quora

Ini bermakna, apabila bot tiba di pelabuhan, bahagian sisi kiri yang kosong akan dihalakan ke kawasan jeti. Oleh kerana itu, sisi kiri bot dikenali sebagai larboard atau bahagian memunggah.

Pada sisi ini, aktiviti seperti turun naik penumpang serta membawa keluar atau masuk barang-barangan berlaku.

Namun begitu, disebabkan bunyi perkataan larboard dan starboard hampir mirip, maka istilah larboard kemudian ditukar kepada port.

Seiring dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut, penumpang sudah tiada masalah untuk menaiki bot daripada bahagian sisi kiri atau kanan hari ini.

Bagaimanapun itu tidak berlaku kepada pesawat dan tradisi ini masih dikekalkan dalam mod pengangkutan udara, khususnya bagi pesawat.

Faktor keselamatan operasi di lapangan terbang

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya banyak operasi yang berjalan sebelum sesebuah pesawat itu diterbangkan.

Antara operasi-operasi berkenaan termasuklah seperti mengisi bahan api pesawat, aktiviti katerer dan petugas lapangan terbang memunggah masuk barang ke ruang kargo.

Semua aktiviti ini berlaku di lapangan terbang melibatkan penggunaan pelbagai jenis peralatan serta kenderaan. Aktiviti ini juga berlaku pada bahagian sisi kanan pesawat.

Oleh itu, bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku, penumpang perlu menaiki pesawat sama ada menggunakan tangga atau jet bridge pada bahagian kiri pesawat.

Semoga menjawab persoalan anda.

BACA: Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Salah Laku Seksual Guru Wanita, Pelajar

Sumber: Travel and Leisure

Athirah

When nothing goes right, go left.