Siakap Keli
khairul aming produknya talian
Kredit: X

Khairul Aming Tegaskan Hanya Jual Produknya Secara “Online”, Belum Ada Di Pasar Raya

Khairul Aming Tegaskan Hanya Jual Produknya Secara “Online”, Belum Ada Di Pasar Raya

Usahawan dan pempengaruh terkemuka negara, Khairul Aming menegaskan bahawa produk-produknya hanya dijual menerusi platform dalam talian sahaja.

Beliau telah membuat kenyataan tersebut bagi menjawab persoalan dari pengguna media sosial di laman X, hari ini.

Ciapan tersebut bertujuan untuk menjawab isu berkenaan penjualan produknya, Sambal Nyet dan Dendeng Nyet yang dipercayai dijual di sebuah pasar raya di Sarawak.

Dalam hantaran tersebut, Khairul menekankan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjual produknya di kedai fizikal.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Jika pihaknya berbuat sedemikian, dia sendiri akan memaklumkan perkara tersebut kepada semua pelanggan.

“Untuk makluman, kita tak pernah lantik sesiapa untuk jualan retail. Kalau ada, kita dah umumkan,” kata Khairul Aming.

Seperti biasa, Khairul Aming sekali lagi menjelaskan bahawa produk-produknya hanya dijual menerusi platform dalam talian sahaja.

Sambal Nyet dan Dendeng Nyet masing-masing dijual di platform jualan rasmi dengan harga RM13.99 dan RM14.99 seunit.

“Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print,” jelasnya

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk membeli produknya daripada platform dalam talian yang sah sahaja.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan isu sambal ciplak yang didapati basi ketika sampai ke tangan pelanggan pada tiga tahun lepas.

Warga maya kecoh melihat Sambal Nyet dan Dendeng Nyet dijual di sebuah pasar raya di Sarawak

Terdahulu, seorang pengguna X meluahkan rasa kecewa apabila melihat produk tersebut dijual dengan harga lebih mahal di sebuah pasar raya di Sarawak.

Dalam hantaran terbabit, Dendeng Nyet dijual dengan harga RM39.90, tiga kali ganda lebih mahal berbanding dengan harga produk tersebut dalam talian.

BACA: Selalu Dengar Dalam MRT, Ini Rupanya Individu Di Sebalik Suara ‘Stesen Berikutnya..’

Sumber: Khairul Aming via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma