Siakap Keli
bukan cinta biasa korea
Kredit: TikTok

Alunkan Lagu Bukan Cinta Biasa, Wanita Korea Ini Curi Tumpuan

Alunkan Lagu Bukan Cinta Biasa, Wanita Korea Ini Curi Tumpuan

Jika anda seorang rakyat Malaysia, sudah semestinya anda mengenali satu figura seni yang sangat dikagumi rakyat di negara ini.

Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi wanita yang sering membanggakan negara kita dengan bakatnya yang luar biasa.

Bakatnya telah diiktiraf oleh semua pihak sehingga beliau mampu ‘sapu’ segala anugerah yang dipertandingkan dalam industri muzik di Malaysia.

Sehubungan itu, tidak hairanlah sosok kebanggaan negara ini turut diminati oleh peminat-peminat muzik di seluruh dunia.

Muzik kan adalah satu perkara yang boleh dinikmati, tanpa mengenal sempadan atau batas pengetahuan bahasa.

Seorang pengguna TikTok, Arfhartoe (arfhartoe_) tular selepas telah berkongsi satu video yang memaparkan rakannya dari Korea Selatan menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza.

Beliau difahamkan telah mengajar rakannya untuk menyanyikan salah satu lagu hits Datuk Siti Nurhaliza iaitu Bukan Cinta Biasa.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Menerusi ruangan kapsyen, wanita tersebut telah memperuntukkan setengah hari untuk belajar menyanyikan lagu terbabit.

“Rekrut Sitizoners baru dari Seoul. Half day jugak nak ajar part ni je. huhu,” tulis Arfhartoe pada ruangan kapsyen.

Video pendek berkenaan memaparkan wanita Korea itu sedang menyanyikan lagu terbabit dengan iringan lagu minus one.

Sungguhpun mempelajari lagu tersebut dalam masa yang agak singkat, wanita Korea itu dapat menyanyikan lagu berkenaan dengan sangat baik.

Setiap butir lirik telah dinyanyikan dengan jelas, pada masa yang sama sedap didengari disebabkan suaranya yang merdu.

Lebih dahsyat, beliau menyanyikan lagu tersebut tanpa melihat panduan lirik pada skrin televisyen. Sebaliknya, dia hanya merujuk kepada lirik yang ditulis pada bukunya, membuktikan wanita berkenaan dapat menyanyikan lagu tersebut pada tempo yang betul.

Video berkenaan telah menarik perhatian warga maya dan berjaya meraih kira-kira 172k tontonan serta 18.5k likes.

@arfhartoe_

Recruite sitizoners baru dari Seoul. Half day jugak nak ajar part ni je. huhu. #bukancintabiasa #sitinurhaliza #toktitiktok

♬ original sound – Arfhartoe’s – Arfhartoe’s

BACA: Selalu Dengar Dalam MRT, Ini Rupanya Individu Di Sebalik Suara ‘Stesen Berikutnya..’

Sumber: @arfhartoe_ via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma