Siakap Keli
Jenis paip rumah
Gambar: محمد سنوسي

ABS Atau PVC? Lelaki Kongsi Tip Penggunaan Jenis Paip Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

ABS Atau PVC? Lelaki Kongsi Tip Penggunaan Jenis Paip Di Rumah

Seperti yang ketahui, setiap rumah mempunyai sistem saluran paip bagi memudahkan proses rutin seharian. Ia membolehkan air, cecair atau kotoran disalurkan keluar daripada rumah.

Sebagai contoh, pili air atau sinki rumah tentunya mengunakan paip bertindak membekalkan air bersih atau membawa air basuhan melalui saluran ini.

Umumnya, sistem paip ini kadangkala sering berlaku kebocoran disebabkan retak, pecah dan tidak tahan lasak selepas lama berjemur di bawah cahaya matahari.

Paip juga mempunyai pelbagai jenis dan fungsi serta ketahanan yang berbeza termasuklah, paip jenis Polivinil Klorida (PVC) dan Acrylonitrile Butadiene Stirrene (ABS).

Namun pernahkah anda berfikir, paip jenis manakah yang sesuai untuk dipasang dan digunakan pada rumah?

Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai berhubung perkara ini, mari ikuti perkongsian محمد سنوسي di Facebook di bawah.

Sebab apa paip PVC lagi ‘better” dari ABS untuk kegunaan rumah?

Gambar: محمد سنوسي

 

Pagi ni tolong repair paip rumah bonda. Kes paip asyik terlucut daripada soket penyambung dan paip poly leaking dalam bumbung. 

By the way, Pakcik anti betul dengan paip warna biru ni. Saranan Pokcik kepada owner-owner rumah:

1. Hindarkan paip jenis ABS (paip biru) ni dari hidup anda. Banyak sangat kes paip jenis ni crack atau pecah kerana sinaran UV dan tekanan air tinggi. Indoor dan outdoor sama je dia buat hal selepas beberapa tahun. Paip jenis PVC adalah lebih reliable (sebaiknya yang bercop SIRIM).

BACA: Tular, Peniaga Jual Lontong Gergasi Raih Perhatian

Gambar: محمد سنوسي

2. Kalau terpaksa juga join paip ABS (biru) dengan paip PVC (kelabu), gunakan kaedah yang betul, iaitu P/T socket sambung dengan valve socket. Bukan terus sambung kedua-dua jenis paip menggunakan socket biasa (unthreaded). 

3. Gam ABS hanya untuk paip ABS, gam PVC hanya untuk paip PVC. Jangan main belasah je.

4. Jangan pakai paip dan aksesori ABS langsung la senang!

Semoga bermanfaat

Sumber: FB محمد سنوسي 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?