Siakap Keli
empangan johor 55 hari
Kredit: Bernama

Tiga Empangan Di Johor Mampu Bertahan 55 Hari Jika Tiada Hujan Hingga 30 April

Tiga Empangan Di Johor Mampu Bertahan 55 Hari Jika Tiada Hujan Hingga 30 April

KOTA TINGGI, 2 April (Bernama) — Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Beliau berkata kesemua empangan terbabit mengalami penurunan yang signifikan, namun masih belum berada di bawah paras kritikal.

“Buat masa ini kita sedang memantau keadaan semasa di empangan terlibat dan menunggu hingga akhir bulan untuk lihat purata hujan.

“Setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada perancangan untuk membuat catuan air di kawasan terlibat dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status paras empangan di Johor susulan cuaca panas pada masa ini.

Mohamad Fazli berkata antara langkah pencegahan ialah melakukan pembenihan awan di kawasan terlibat atau pengolahan semula bekalan-bekalan air.

Beliau berharap orang ramai menggunakan air secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran terutama ketika Aidilfitri.

Menurut Mohamad Fazli pihaknya juga telah mengenal pasti hingga 150 lokasi yang melibatkan 70 District Metered Area (DMA) untuk dipantau bagi mengelak berlaku gangguan bekalan air semasa perayaan itu.

Antara langkah pencegahan yang akan dibuat bagi menangani gangguan itu adalah dengan melakukan pengolahan semula bekalan air dan meletakkan tangki-tangki air di kawasan terlibat.

BACA: Surat Layang: FAM Mahu Buat Laporan Polis

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.