Siakap Keli
Cara tukar duit raya atm
Gambar: Muhd Shukur

Cara Tukar Duit Raya Di ATM, Tak Sampai 5 Minit Selesai

Cara Tukar Duit Raya Di ATM, Tak Sampai 5 Minit Selesai

Sebut sahaja duit raya, tentu ramai yang teruja jika mendapat sekeping sampul yang diisi helaian wang ringgit bukan?

Sama seperti angpau, duit raya diberikan sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih-lebih lagi kepada golongan kanak-kanak sebagai pembakar semangat kepada mereka selepas penat berpuasa selama sebulan.

Meskipun ia tidak mempunyai ketetapan jumlah, namun pemberian ini ibarat pelengkap setiap kali sambutan lebaran ini. Jadi, golongan dewasa sering pergi ke bank berdekatan untuk menukar duit raya menjelang musim perayaan ini.

Tetapi, tahukah anda, sebenarnya duit raya juga boleh ditukar menerusi mesin ATM?

Orang ramai tidak perlu menunggu giliran di kaunter bank untuk urusan ini sebaliknya hanya terus pergi ke mesin ATM dan hanya beberapa minit terus selesai.

SK hari ini akan berkongsikan tip bagaimana ingin menukar duit raya di mesin ATM yang disampaikan oleh pengguna Facebook, Muhd Shukur di bawah.

Mari ikuti perkongsian di bawah.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Gambar: FB Muhd Shukur

Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di mesin ATM. 

BACA: Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024

Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya kongsi cara tukar duit raya;

1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (cawangan terplih). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada dua mesin ATM yang boleh tukar duit raya. 

Gambar: FB Muhd Shukur

2. Pilih ATM yang ada signage gambar ketiga orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah wang kertas RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

Gambar: FB Muhd Shukur

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping wang kertas RM 10 yang baru, kena buat dua kali.

5. Selesai

Sumber: Facebook Mohd Shukur

BACA JUGA: 13 Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?