Siakap Keli
Jaafar Onn Meninggal Dunia
Kredit: Astro Gempak

Penghibur Legenda, Jaafar Onn Meninggal Dunia

Jaafar Onn Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

Industri hiburan tanah air hari ini menerima khabar duka apabila artis versatil, Jaafar Onn dilapor meninggal dunia pada usia 73 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menurut Astro Gempak, berita pemergian Allahyarham turut disahkan oleh rakannya yang juga penyampai radio, Haiza Hanafi.

Menurut Haiza, dia menerima perkhabaran duka itu daripada anak angkat arwah, Hanif yang berada disampingnya sejak dimasukkan ke hospital semalam.

Allahyarham dikejarkan ke zon kritikal di wad kecemasan hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Sebelum ini, arwah mengalami bacaan tekanan rendah dan hemoglobin rendah semasa melakukan pemeriksaan di sebuah klinik.

Difahamkan, Allahyarham sepatutnya menjalani prosedur endoskopi untuk memeriksa keadaan sebenarnya pada hari ini.

Terdahulu, keadaan kesihatannya dilapor merosot selepas mengalami masalah bengkak kaki. Malah, Allahyarham juga bergantung kepada kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

BACA: Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

Sumber: Astro Gempak

Athirah

When nothing goes right, go left.