Siakap Keli
dbkl kompaun peniaga
Gambar: Sinar Harian

Makanan Tercemar: DBKL Keluar 82 Kompaun Kepada Peniaga Bazar Ramadan

Makanan Tercemar: DBKL Keluar 82 Kompaun Kepada Peniaga Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR —  Sebanyak 82 kompaun dan notis dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap peniaga di bazar ramadan sekitar ibu kota, lapor Sinar Harian.

Kompaun itu dibuat selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemeriksaan terhadap 2,404 peniaga berikutan pengendalian makanan yang tidak memuaskan.

Difahamkan, sebanyak 1,060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar sehingga 29 Mac bagi dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS di Pasar Borong Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan tersebut memberitahu terdapat pencemaran makanan (kuman) dalam sampel tersebut selepas hasil analisis menunjukkan 11.0 peratus.

Gambar: Sinar Harian

“Kehadiran bakteria ini berkait rapat dengan proses penyediaan makanan yang kurang bersih, masakan yang tidak sempurna dan kebersihan diri pengendali makanan yang kurang memuaskan,” kata DBKL.

Notis kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 6(1) Undang-Undang Pengendalian Makanan WPKL (1979), iaitu makanan kotor atau mengandungi bahan asing.

BACA: Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024

Gambar: Sinar Harian

“Tiga ‘strain bakteria’ utama dilakukan pemeriksaan iaitu E.Coli, Coliform dan Staphylococcus yang merupakan petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan di siapkan.

“Kebanyakan amaran dan notis dikeluarkan atas kesalahan tidak mengambil suntikan vaksin tifoid dan diletakkan mengikut Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (1979) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL (2016),” maklum DBKL lagi.

Susulan itu, DBKL memberi amaran kepada peniaga terbabit berhubung langkah selamat penyediaan makanan seperti makanan tidak boleh terdedah lama dan ketulan ais tidak di letak di atas lantai atau jalan. Malah aspek kebersihan dan keselamatan perlu menjadi keutamaan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa itu turut menasihatkan kepada peniaga agar menggunakan bahan yang mudah terurai memilih makanan yang bersih, sihat dan selamat. Manakala pembeli digalakkan membawa bekas makanan sendiri.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?