Siakap Keli
kwang soo malaysia
Kredit: TikTok

Mirip Lee Kwang Soo, Tarian Nyamuk Dilakukan Lelaki Malaysia Ini Cuit Hati Ramai

Mirip Lee Kwang Soo, Tarian Nyamuk Dilakukan Lelaki Malaysia Ini Cuit Hati Ramai

Seorang pengguna TikTok telah mencuit hati ramai disebabkan rupa parasnya yang mirip pelakon dan bekas bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

Lelaki asal Malaysia yang dikenali sebagai bomchann0 (@bomchann0)Β telah giat memuat turun videonya menari tarian-tarian lagu K-pop di TikTok.

Bakat tariannya bukan sekadar pelaris bagi orang ramai untuk menjengah kandungan dan mengikutinya di laman media sosial itu.

Rupa parasnya seakan-akan pelawak Korea Selatan telah membuatkan warga maya melepaskan rasa rindunya terhadap bintang tersebut.

BACA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Warga maya juga menggelarkan pemuda Malaysia itu sebagai Lee Kwang Soo Travel Size disebabkan ketinggiannya lebih rendah berbanding bintang yang tinggi lampai itu.

Lebih mencuit hati, pemuda berbakat tersebut dapat meniru beberapa tarian ikonik yang dilakukan bintang berkenaan.

Antaranya, tarian nyamuk ikoniknya serta gerak geri dan ekspresi bintang tersebut ketika menarikan beberapa koreografi lagu bagi beberapa kumpulan K-Pop seperti Fire (BTS) dan Y (MBLAQ).

@bomchann0

Replying to @le_on30 dance nyamuk kwang soo best hahahaha #kwangsoo #bomchann0 #btsarmy #kpopedit #funnydance

♬ original sound – 🐱 – 🐱

@bomchann0

Replying to @suhobirin mak aku pun tahan gelak masa aku tgh record #kwangsoo #bomchann0 #kwangsoomini #btsfire @BTS @AbjkMRstY @μ΄κ΄‘μˆ˜

♬ original sound – 🐱 – 🐱

@bomchann0

Replying to @s.youme_lm muka saya tak sebijik kwang soo lah cuma hidung je sama πŸ˜‚ #kwangsoo #bomchann0 #kwangsoomini #funnydance

♬ original sound – 🐱 – 🐱

Ramai pengguna yang mengharap agar Lee Kwang Soo dapat bertemu dengan pemuda ini dan menari tarian dengan ekspresi muka ketat ikonik bersama-sama.

Kelibat ‘Giraffe’ dalam Running amat dirindui peminat

Bagi yang belum tahu, Kwang Soo telah dikenali dalam industri hiburan baik di Korea Selatan mahupun di dunia disebabkan personalitinya yang kelakar.

Salah satu rancangan yang telah menaikkan namanya di persada dunia adalah sebuah rancangan televisyen, Running Man.

Berdasarkan rekod, beliau telah meraih pelbagai anugerah sewaktu menjadi sebahagian daripada rancangan kegemaran ramai.

Kwang Soo telah memenangi Anugerah Bintang Baharu dan Anugerah Pendatang Baharu (Kategori Rancangan Varieti) dalam SBS Entertainment Award pada tahun 2010 dan 2011.

Selain itu, beliau turut mendapat gelaran ‘Putera Asia’ disebabkan pengaruhnya membawa industri hiburan Korea Selatan ke seluruh dunia.

Akan tetapi, Kwang soo telah membuatkan keputusan yang menyedihkan orang ramai apabila beliau mengundurkan diri daripada Running Man selepas menjadi sebahagian daripada rancangan tersebut selama 11 tahun.

Sudah semestinya, kelibat ‘Giraffe’ ini sentiasa dirindui para peminatnya yang menggemari gelagatnya yang tidak pernah mengecewakan.

BACA: Hasrat Buat Kejutan Tak Kesampaian, Bapa Meninggal Sebelum Restoran Dilancarkan

Sumber: @bomchann0 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: