Siakap Keli
str 2024 tidak lulus
Gambar: Bernama

Apa Nak Buat Kalau STR 2024 Tidak Lulus?

Apa Nak Buat Kalau STR 2024 Tidak Lulus?

Seperti yang diketahui, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 8.4 juta rakyat Malaysia telah bermula 3 April 2024, semalam.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyatan, pembayaran STR akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar menerusi pengkreditan ke dalam akaun bank.

Kaedah lain adalah disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional  (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing, lapor Bernama.

Oleh itu, sebahagian rakyat yang menyemak akaun bank mereka semalam mendapati bahawa pembayaran STR telah dikreditkan mengikut jenis bank.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menerima perkhabaran duka kerana status sumbangan ini menunjukkan ‘tidak lulus’ sedangkan mereka layak menerima bantuan ini.

Jadi apa nak buat sekiranya status STR adalah ‘tidak lulus’? Jom ikuti perkembangan ini di bawah.

Apa maksud status ‘tidak lulus’?

Untuk pengetahuan, status ‘tidak lulus’ adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan pengesahan (verifikasi) dilakukan.

Jadi apa perlu buat kalau status STR ‘tidak lulus’?

Gambar; Bernama

Bagi pemohon yang berstatus ‘tidak lulus’, mereka boleh merujuk kepada Soalan Lazim  (FAQ) permohonan STR 2024 untuk mengetahui sebab permohonan adalah tidak lulus.

BACA: “You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

Ia termasuk dokumen sokongan yang diperlukan permohonan rayuan STR.

Kemudian, klik pada Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian.

Kepada pemohon yang berstatus tidak lulus, anda tidak perlu bimbang kerana boleh membuat permohonan rayuan pada STR Fasa 3 semula selepas ini.

Jadi, ini perkara yang perlu dilakukan untuk mengetahui kod alasan tidak lulus dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan susulan ia berlainan bagi setiap orang.

Cara-cara semak kod alasan dan dokumen diperlukan untuk rayuan:

Langkah pertama: Layari laman web Bantuan Hasil (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)

Langkah kedua: Masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk

Langkah ketiga: Selepas log masuk, klik tiga garisan di bahagian kanan atas

Langkah keempat: Klik pada permohonan STR 2024

Langkah kelima: Cari nombor 68 dan cari kod alasan tidak lulus STR anda atau layarinya di sini Soalan Lazim (FAQ) STR 2024.

Pemohon juga boleh walk in ke mana-mana pejabat seperti Pejabat HASiL, Pejabat Satelit (PS), Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Gambar: Bernama

Bagi pemohon yang berstatus kod Duplikasi dan Kod 32 iaitu (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian) tidak boleh memohon secara atas talian melainkan hadir ke HASiL bersama-sama borang Permohonan STR 2024 dan salinan kad pengenalan pemohon.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Bantuan Hasil

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?