Siakap Keli
biskut raya penjara
Gambar: TikTok @kinnnmarrr

Bukan Di Bazar, Wanita Beli Biskut Raya Air Tangan Banduan Di Penjara

Bukan Di Bazar, Wanita Beli Biskut Raya Air Tangan Banduan Di Penjara

Setiap kali lebaran berkunjung kembali, orang ramai pastinya tidak melepaskan waktu-waktu ini membuat persiapan raya bagi merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Ada yang mula menyerbu butik-butik baju dan pasaraya untuk mencari sepasang baju raya baharu bagi digayakan pada hari pertama raya nanti.

Bukan itu sahaja, sebahagian masyarakat mula membersihkan dan mengemas rumah bagi menantikan kepulangan ahli keluarga tercinta dan menyambut tetamu.

Selain itu, kuih dan biskut raya juga menjadi salah satu tradisi masyarakat setiap kali tibanya perayaan ini antaranya termasuklah kuih almond london, semperit, kuih suji, tart nanas, batang buruk, makmur dan banyak lagi.

Kebiasaannya, orang ramai gemar memborong kuih ini di bazar ramadan atau membuatnya di rumah.

Berbeza pula dengan seorang pemilik TikTok @kinnnmarrr yang membeli kuih-kuih raya hasil air tangan para penghuni tirai besi di Galeri Jualan Produk My Pride Seksyen Vokasional & Industri di bawah Jabatan Penjara Malaysia, Bahagian Pengurusan Banduan.

Gambar: TikTok @kinnnmarrr

Dalam perkongsian videonya, memaparkan pelbagai biskut raya dan kerepek yang telah siap dibekaskan dan harganya juga mampu milik.

Antara kuih yang ada ialah kuih bangkit, tart nanas, rempeyek, almond chocolate ball, nestum snowy, dahlia classic rose, biskut makmur dan lain-lain.

BACA: “You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

Apa nasib golongan ini ketika raya

Gambar: TikTok @kinnnmarrr

Mengenangkan nasib mereka yang terpisah daripada dunia luar termasuk ahli keluarga, pemilik video menyifatkan biskut yang dihasilkan ini cukup memberikan makna tersendiri.

Walaupun penghuni penjara tak dapat beraya bebas macam kita semua, tetapi ada hasil dari tangan mereka untuk kita nikmati bersama keluarga tersayang,” tulisnya dalam klip video itu. 

Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tertanya-tanya mengenai prosedur pembuatan biskut dan nasib banduan.

Antara soalan yang diajukan termasuklah ke manakah pergi duit hasil jualan biskut ini?

“Penghuni yang bekerja dalam penjara diberi gaji atau insentif. Duit gaji itu dijadikan bekalan untuk bebas nanti. Mereka nak guna beli barang keperluan asas dalam penjara pun boleh,” jawab pemilik video.

Ada juga netizan yang berkongsikan pengalaman mereka sewaktu bergelar banduan.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 400,000 tontonan dengan lebih 16,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

@kinnnmarrr

Walaupun penghuni penjara x dpt beraya bebas mcm kita semua tp ada hasil dr tgn mereka utk kita nikmati bersama keluarga tersayang.. Yang pasti aku pun x dpt cuti raya 🫡😁 #penjarakajang #biskutrayapenjara

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – ACHIK AFIQ 06

Sumber: TikTok @kinnnmarrr

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?