Siakap Keli

Prestasi, Reka Bentuk & Knox Vault Paling Mantap Tapi Harga Sama

Siri Galaxy A memang tak dinafikan kehebatannya daripada segi harga yang mampu milik mahupun pengalaman penggunaannya (flagship-like experience).

Untuk anda yang mencari peranti baru dibawah harga RM2,000, kamera yang baik, serta pengalaman yang mantap, bacaan ini untuk anda.

Samsung Galaxy A55 5G – Peranti dengan ciri keselamatan digital terbaik tahun ini

Ciri utama yang ditekankan oleh Samsung dalam Galaxy A55 adalah penggunaan Keselamatan Samsung Knox. Seperti mana pentingnya kad pengenalan dan data fizikal kita, begitu jugalah pentingnya data digital yang acap digunakan dan dimasukkan secara atas talian.

Knox Vault melindungi PIN, kata laluan dan sebagai pengguna siri Galaxy, anda perlu mengaktifkan Knox Vault semasa proses penetapan awal. Ini memastikan bahawa data anda dilindungi sejak awal dan menyediakan asas yang kukuh untuk menjaga peranti anda daripada sebarang ancaman.

Beberapa fungsi yang dimiliki Samsung Knox adalah:

  • Menghalang aplikasi yang tidak dikenali dari akses tidak dibenarkan ke telefon
  • Mengimbas aktiviti yang mencurigakan dan memberikan pertahanan tambahan terhadap virus dan spyware
  • Menghalang imej yang disyaki mengandungi media yang berbahaya atau malware dalam aplikasi mesej/pesanan
  • Menyatakan dengan jelas nombor telefon yang tidak dikenali dan tidak selamat yang berpotensi scam atau panggilan telefon penipuan
  • Menyediakan enkripsi hujung ke hujung untuk penyimpanan data di Samsung Cloud

Samsung Knox: Secure Folder

Menerusi secure folder, anda boleh menyimpan foto, fail, bahkan menggandakan aplikasi kegemaran anda dengan keselamatan tambahan. Folder ini memastikan setiap data yang disimpan kekal sulit.

Samsung Knox Matrix: Cloud

Knox Matrix mengenkripsi data yang disimpan secara atas talian, menjadikannya hampir mustahil untuk diakses tanpa kebenaran.

Samsung Knox Auto Blocker

Pemblok Auto bertindak sebagai pengawal digital anda, menjauhkan ancaman dengan menghalang aplikasi yang tidak dikenali dan mencurigakan. Contohnya, jika anda menerima teks dengan pautan ke laman web yang meragukan, ciri ini akan menghalang anda dari mengakses laman web tersebut – mengelakkan serangan malware atau phising.

Samsung Knox Smart Call

Smart call antara ciri terbaik sediada yang akan memberi amaran kepada anda mengenai panggilan meragukan sebelum anda menjawabnya. Bayangkan anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan mengaku daripada pihak bank, smart call akan mengenal pasti terlebih dahulu dan menghalang anda daripada mengangkat panggilan tersebut.

Menarik kan? Mari beralih kepada ciri lain peranti ini.

Samsung Galaxy A55 5G – Reka bentuk yang kukuh

Baca: Samsung Galaxy A55 5G Pandangan Pertama

Bukan plastik, peranti ini gah dengan bingkai aluminium yang membuatkan anda seperti memegang siri Galaxy S.

Gorilla Glass Victurs + digunakan pada bahagian depan dan belakang yang biasanya tidak digunakan bagi peranti kelas pertengahan.

Samsung A55 5G dilancarkan dengan ‘key island’ baru dengan reka bentuk yang agak ditinggikan sedikit (lebih menonjol dan unik) daripada sebelumnya. Lebih mudah dan terasa butang tepinya jika berada di dalam poket.

Dengan berat lebih kurang 213g, Galaxy A55 5G menawarkan cengkaman yang baik walaupun tidak memasang phone cover, tapi terasa peranti ini sedikit berat jika dipegang lama.

Sama seperti peranti-peranti Samsung yang lain, Galaxy A55 5G dilindungi daripada air dan debu IP67, yang bermaksud peranti ini boleh dibawa berenang atau kedalam air tanpa ragu-ragu.

Samsung Galaxy A55 5G – Layar yang luas mata memandang

Peranti ini memiliki layar AMOLED 120Hz sebesar 6.6inci, boleh dikatakan sempurna untuk kegunaan harian seperti menonton video, membaca, dan gaming. Tetapi, mungkin ada segelintir daripada anda yang akan terganggu dengan saiz bezel yang agak sedikit besar.

Samsung Galaxy A55 5G – Antara muka yang minimalis (Clean AI)

Menggunakan chipset Exynos 1480 dan Xclipse 530 GPU, Galaxy A55 5G cukup pantas dalam menyelesaikan tugasnya.

Untuk One UI 6.1, berdasarkan Android 14, perisian ini memberi impak animasi yang lancar, serta kemampuan memahami apa yang disampaikan pemanggil dan menukar suara kepada teks.

Samsung Galaxy A55 5G – Kualiti kamera yang memuaskan

Masih mengekalkan susunan tiga lensa yang sama, terdiri daripada kamera utama 50MP, ultrawide 12MP dan makro 5MP.

Untuk peranti ini, kamera utamanya mampu menghasilkan gambar yang tajam (sharp) dan terperinci.

Galaxy A55 5G wide photo
Galaxy A55 5G ultrawide photo
Galaxy A55 5G 2X zoom photo
Galaxy A55 5G 10X zoom photo

Secara keseluruhannya, boleh dilihat gambar-gambar yang dihasilkan tampak realistik seperti dilihat dengan mata kasar, tak perlu diubah atau menetap semula tetapan pencahayaan.

Mod potret dan kamera selfie juga bekerja dengan cukup baik. Tahap ketajaman sesuai dengan warna dan bokeh semulajadi yang terhasil juga memuaskan.

Kemampuan zoom Galaxy A55 5G ini pada tahap yang biasa. Penggunaan 5X atau 10X membuatkan kualiti gambar menjadi rendah.

Samsung Galaxy A55 5G juga membolehkan si pengguna merakam video pada 4K 30fps atau 1080P 60fps dengan hasil serta penstabilan mengagumkan daripada kamera utamanya. Selain itu, anda juga boleh menukar kamera utama ke ultrawide semasa merakam pada 4K 30fps, tetapi transisinya tidaklah begitu lancar.

Samsung Galaxy A55 5G – Prestasi

Galaxy A55 5G adalah telefon Samsung pertama yang dikuasakan oleh cip Exynos 1480. Terdapat juga GPU Xclipse 530 baru yang dikuasakan oleh AMD untuk pertama kalinya dan Samsung sendiri menyatakan ia menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 53% berbanding dengan GPU Mali-G68 MP5 dalam Exynos 1380.

Pengalaman menavigasi UI dan melayari media sosial sangat kemas dan lancar kalau dibandingkan dengan siri sebelum ini. Walaupun begitu, peranti ini tidak mengoptimumkan kegunaan gaming kerana kualiti grafiknya berada pada tahap medium.

Untuk RAM, 8G dengan base model, dibandingkan dengan model terdahulu, 6G RAM. Pilihan storan pula, didatangkan dalam 128GB dan 256GB. Impaknya, aplikasi dimuat turun dengan cepat, tidak perlu menunggu lama.

Samsung Galaxy A55 5G – Jangka hayat bateri yang mampu bertahan lama

Ia dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong cas 25W. Penggunaan harian seperti memasang muzik selama berjam-jam, membuat panggilan dan melayari internet tidak terlalu menjejaskan hayatnya.

Bagi kegunaan ringan, peranti ini dengan mudah boleh bertahan selama dua (2) hari (dengan wifi). Pengecasan penuh mengambil masa lebih kurang satu jam.

Sepertinya, penggunaan cip Exynos 1480 pada peranti ini berjaya bertahan antara 30 hingga 60 minit lebih lama (untuk penggunaan web browsing & video streaming) daripada siri Galaxy A sebelumnya.

Samsung Galaxy A55 5G – Kualiti audio mantap

Agak mengejutkan dengan kualiti audio peranti kelas pertengahan ini, luar biasa. Dengan A55 5G, anda akan mendapatkan pengalaman audio yang jelas dan kuat tetapi tidak menyakitkan telinga walaupun pada tetapan volume yang maksimum.

Peranti ini didatangkan dengan equalizer, Dolby Atmos, UHQ upscaler, dan Adapt yang boleh diaktifkan daripada tetapan. Loudspeaker output daripada stereo speakers juga sangat baik.

Kesimpulannya, Samsung satu-satunya pengeluar Android menjamin kemaskini OS dan keselamatan berpanjangan untuk hampir semua perantinya dari kelas permulaan hingga ke flagship.

Bagi A55 5G, Samsung menjamin kemaskini OS Android dan One UI sebanyak 4 kali atau sehingga Android 18, serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Samsung Galaxy A55 5G sudah boleh dimiliki dengan harga RM1999 berserta hadiah percuma bernilai sehingga RM528. Anda juga akan mendapatkan putik Galaxy Buds FE dan lanjutan jaminan 1 tahun! Untuk maklumat lanjut klik DISINI.

Nur Farra