Siakap Keli
abang kecewa arsenal tewas

Abang Ini Kecewa, Datang Dari Malaysia Untuk Jadi Saksi Arsenal Tewas

Abang Ini Kecewa, Datang Dari Malaysia Untuk Jadi Saksi Arsenal Tewas

Seperti semua tahu, lewat malam semalam berlangsungnya perlawanan antara Arsenal dan Aston Villa. Arsenal dalam misi merebut kejuaraan liga manakala Villa turun dengan misi mengukuhkan kedudukan di tangga empat teratas.

Walaupun Liverpool sudah keciciran mata tewas pada Crystal Palace lebih awal, Arsenal tetap gagal memanfaatkan peluang kembali ke tangga teratas liga selepas tewas 2-0 ke atas Villa.

Semalam juga menjadi antara hari paling sdih buat seorang peminat Arsenal dari Malaysia yang datang ke Stadium Emirates hanya untuk menyaksikan kekalahan pertama Arsenal di Liga Inggeris pada tahun 2024.

Beliau dikenali sebagai Thefat.Ash yang juga seorang peniaga burger dan pengulas makanan di laman TikTok. Beliau memuatnaik video Point Of View (POV) bermula dari sampai ke stadium tersebut, shingga tamat perlawanan.

“2024 Arsenal tak pernah kalah dalam EPL, aku sampai stadium terus kalah,” katanya di penghujung video tersebut. Namun beliau tetap menyokong Arsenal dan menyatakan hasrat nak datang lagi pada tahun hadapan.

Boleh tonton video penuh di bawah.

@thefat.ash

kalah menang gua Arsenal sampai mati bro πŸ”΄βšͺ️ tapi next year nak repeat datang stadium lagi boleh tak? πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌ

♬ original sound – thefat.ash – thefat.ash

Perebutan takhta Liga Inggeris masih lagi terbuka selepas minggu ke-33. Manchester City kini sedang memimpin liga dengan 73 mata, 2 mata meninggalkan pencabar terdekat Arsenal dan Liverpool yang masing-masing tewas semalam.

Sumber: TheFat.Ash

BACA JUGA: “Jammed Raya”, Tuan Rumah Murah Hati Benar Orang Ramai Guna Tandas

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)