Siakap Keli
hari lebaran

Nampak Perkampungan Di Bulan, Pakcik Tua Mimpi ‘Pelik’ Di Malam Raya

Tidak dinafikan, setiap detik hari lebaran semestinya amat dinanti-nantikan bagi mereka yang menyambut. Mana tidaknya dah sebulan berpuasa, kini tibalah masa pula kita nak sambut Hari Raya dengan gembira bersama insan-insan tersayang.

Jika nak cerita mengenai kenangan Hari Raya, memang banyak. Walaupun mungkin dugaan yang dihadapi antara dari kita memang berbeza, namun momen-momen Hari Raya pastinya manis.

Tetapi, di sebalik keseronokan ramai orang dah bersedia nak sambut raya, ada juga segelintir insan yang beri tumpuan kepada perkara lain di kala hari lebaran itu semakin menjelma.

Situasi tersebut dihadapi oleh seorang warga kampung kecil bernama Pak Ahmad yang asyik mencari anak bulan hampir setiap malam dari awal puasa sampailah nak Raya. Pak Ahmad ni kalau kita tengok, adalah seorang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk mencari anak bulan.

Punyalah nak tengok anak bulan dengan lebih dekat, Pak Ahmad ni sanggup melakukan pelbagai cara termasuklah menjadi seorang ‘angkasawan’. Nak dijadikan cerita, cara tersebut yang dilakukan pada malam Raya itu juga gagal dan Pak Ahmad ni terjatuh ke tanah lalu tidak sedarkan diri. 

Sehinggakan sampai satu tahap, beliau mimpi ‘pelik’ nampak sebuah perkampungan di bulan! Nak tahu apa jadi seterusnya? Jom tonton filem pendek ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ oleh syarikat IJM Land yang membawa keunikan tersendiri sempena Hari Lebaran ini.

Filem Pendek IJM Land, Bawa Mesej Penuh Makna

Balik semula kepada filem pendek yang dihasilkan, ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ dari IJM Land boleh dikatakan membawa satu mesej yang sangat bermakna di mana rasa rindu terhadap insan yang kita sayang memang ada lebih-lebih lagi jika insan itu berada jauh dari kita.

Apa yang dapat disimpulkan melalui filem pendek ini, Pak Ahmad ni sebenarnya anak lelakinya yang berada jauh darinya. Oleh kerana, terlalu rindu, beliau amat menantikan kepulangan anaknya itu.

Filem pendek ini diakhiri dengan kehadiran seorang pemuda di depan rumah Pak Ahmad yang kelihatan baru tiba dari tempat yang jauh. Di sini min rasa kita semua dah boleh jangka siapakah pemuda tersebut. Terpulang kepada kita untuk membuat interpretasi mengenai apa yang akan terjadi selepas itu.

Sebagai akhir kata, jadikanlah Hari Lebaran ini sebagai hari yang terbaik buat kita semua bersama keluarga. Semoga ia memberi seribu satu kenangan buat seluruh ahli keluarga yang kita sayangi.

Bila dah tengok filem pendek ‘Rindu-rinduan Anak Bulan’ ini, mulalah terbit rasa rindu dengan insan yang kita sayang. Bagi meluahkan lagi rasa rindu kita  ini, apa kata kita sama-sama bantu ‘share’ filem pendek tersebut di akaun media sosial masing-masing di IG dan Facebook.

Hari Raya itu bukan soal sambutan semata-mata, namun, ia adalah tentang cara kita menyuarakan rasa rindu dan sayang dengan meluangkan momen-momen indah bersama mereka insan-insan tersayang.

Adib Mohd