Siakap Keli
duit raya mock cheque
Gambar: TikTok @rayrahmanwan

Paling “Rare”, Duit Raya Diberi Dalam Bentuk “Mock Cheque” Curi Tumpuan Netizen

Paling “Rare”, Duit Raya Diberi Dalam Bentuk “Mock Cheque” Curi Tumpuan Netizen

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam kerana dapat bertemu dengan saudara mara setelah sekian lama tidak bersua.

Pada perayaan tersebut, sanak saudara akan pulang beraya di kampung dan melakukan sesi bermaaf-maafan bagi meraikan sambutan Aidilfitri ini.

Setiap kali berkumpul beramai-ramai, antara momen paling gembira adalah pemberian duit raya daripada ahli keluarga. Duit raya biasanya akan diberikan dalam sekeping sampul yang telah diisi dengan helaian wang ringgit.

Meskipun tidak wajib, namun ia sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya lebaran dan pemberian tersebut juga dapat menceriakan lagi suasana setelah berpenat lelah bertarung melawan hawa nafsu di bulan Ramadan.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @rayrahmanwan memaparkan suasana pemberian duit raya bersama ahli keluarga.

Menariknya dalam klip berkenaan, duit raya yang diberikan bukanlah dalam bentuk sampul ataupun wang, sebaliknya adalah pemberian ‘cek’atau mock cheque.

Sewaktu dia membawa masuk cek tersebut, seluruh ahli keluarga yang siap berkumpul di ruang tamu teruja selepas melihat wang tunai yang diberikan dalam bentuk cek.

Gambar: TikTok @rayrahmanwan

Dah macam dato-dato, siap tandatangan lagi.

Kegembiraan keluarga diserikan dengan tandatangan pemberian cek yang di ‘sign’ sendiri oleh lelaki di dalam video berkenaan sebagai tanda pengesahan malah tak ubah seperti ala-ala dato.

Bermula dari kedua ibu bapa hingga ke anak buah, pemberian duit raya diberikan berupa cek.

Gambar: TikTok @rayrahmanwan

Tak kering gusi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘pecah perut’ melihat telatah keluarga berkenaan sewaktu menyambut hari Raya Aidilfitri.

Sebahagian daripada mereka menyifatkan pengalaman menyambut hari raya tersebut bakal tersemat dalam ingatan. Malah ada yang berseloroh dengan nilai duit raya yang turut disertakan dalam nilai sen.

BACA: Pijar Sampai Menyengat, Ini Cara Kurangkan Kepedasan Cili Kering

Berikut antara komen netizen;

“Berapa ringgit ni buat mock cheque?” tulis salah seorang pengguna.

“Mungkin gara-gara tak dapat jadi CEO megah holding, main sain-sain cek. Apapun sangat kreatif,” komen lagi seorang pengguna.

“Melampau 99 sen hahahaha,” kata salah seorang warga maya yang turut terhibur.

“Acara yang rare untuk kenangan di hari raya bersama keluarga,” tulis pengguna lain.

@rayrahmanwan

Duit Raya New Style bro🀣πŸ”₯πŸ”₯ #fyp #fypγ‚· #raya #raya2024 #viral #capcut

♬ original sound – Apple Prince πŸ’š – Apple Prince πŸ’š

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 400,000 tontonan dengan lebih 35,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.

Sumber: TikTok@rayrahmanwan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?