Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemukan Maut Dalam Keadaan Berlumuran Darah

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemukan Maut Dalam Keadaan Berlumuran Darah

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP  Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya.

Dzulbaharin dilantik sebagai KPD Lahad Datu pada 1 April lepas.

Razarudin juga berkata proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?