Siakap Keli
atuk duit raya berat
@naturecore.delima via TikTok

Berat Turun 1kg Dapat RM25, Cara Unik Atuk Bagi Duit Raya Dekat Cucu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat Turun 1kg Dapat RM25, Cara Unik Atuk Bagi Duit Raya Dekat Cucu

Selain saling bermaaf-maafan, amalan memberi duit raya kepada ibu ayah, adik-beradik dan anak saudara yang masih muda serta belum bekerja turut menjadi tradisi yang dinanti-nantikan menjelang Syawal.

Di Malaysia, biasanya duit raya diberikan melalui sampul yang bertutup. Jumlahnya pula tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali oleh pemberi dan penerima.

Namun begitu, seiring perkembangan dunia dan manusia menjadi semakin kreatif, cara duit raya diberikan juga berubah-rubah dari semasa ke semasa.

Maka tak hairanlah, pemberian melalui sampul raya secara terus bukan lagi satu-satunya cara duit raya diagihkan kepada penerima yang berhak pada hari ini.

Ada keluarga yang meminta penerima membuat persembahan tertentu, mengadakan gimik atau bermain permainan yang menarik sebelum duit raya sampai ke tangan.

Atuk beri duit raya dekat cucu ikut jumlah berat badan yang turun

Berbicara tentang pemberian duit raya, terdapat sebuah keluarga yang menghulurkan duit raya dengan cara yang lain daripada yang lain.

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik satu video memaparkan pemberian duit raya diberi oleh datuknya mengikut penurunan berat badan.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @naturecore.delima.

Berdasarkan video berkenaan, datuk mereka siap meletakkan penimbang pada sebelah kerusi untuk melihat sendiri berat badan setiap ahli keluarga.

Menurut @naturecore.delima, datuk mereka telah menyimpan rekod berat badan masing-masing sejak Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu, kemudian memberikan tempoh satu tahun untuk menurunkan berat badan sehingga tahun ini.

“1 kg turun bersamaan dengan RM 25”

Menurut @naturecore.delima lagi, berbeza pula bagi mereka yang underweight, semakin banyak naik berat badan semakin tinggi peluang untuk dapat duit raya yang banyak.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berjaya menurunkan berat badan dengan jumlah yang paling banyak, maka lebih banyak duit yang diberikan.

Selepas dinilai oleh datuk mereka, ‘pemenang’ tersebut adalah seorang cucu wanita yang berjaya menurukan berat badan sehingga 12 kilogram.

Secara keseluruhan, wanita berkenaan berjaya menerima duit raya sebanyak RM300 pada tahun ini.

Video terbabit meraih 2.1 juta tontonan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji cara tersebut kerana sedikit sebanyak memberi motivasi kepada cucu-cucu untuk menurunkan berat badan masing-masing.

Good idea. Kena buat next year hahaha,” komen seorang wargamaya.

“Ini kalau aku gerenti takkan menang. Mesti atok marah sebab berat makin bertambah,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Penduduk Sepakat, Viral Satu Kampung Sibuti Meriah Dengan Lampu ‘Lip-lap’ Raya

@naturecore.delima

berapa dapat collect tu guys 🤣🤍 -12kg : RM300#KongsiBersama #raya #duitrayachallenge #atukpesan

♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Sumber: Tiktok naturecore.delima

Athirah

When nothing goes right, go left.