Siakap Keli
Netizen sunting gambar
Gambar: Fb Zamiza Iza

“Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Seperti yang kita ketahui, orang ramai kini tidak lagi bergantung kepada kamera biasa untuk mengambil gambar kerana kewujudan telefon pintar juga mampu mengambil gambar dengan hasil yang berkualiti.

Tambahan lagi, ia juga mudah di bawa kemana-mana sekaligus dapat merakam m0men-momen manis bersama ahli keluarga atau rakan lebih-lebih musim perayaan ini.

Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, sebahagian ramai memuat naik gambar dan berkongsi foto bersama keluarga lengkap berbaju raya dengan pelbagai tema warna.

Ada yang memilih tema berwarna cerah dan ada juga yang memilih warna gelap, mengikut warna pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, kadangkala sewaktu mengambil gambar ada sahaja perkara yang kurang menarik dan menyenangkan berlaku. Sekejap mata terpejam, sekejap anak-anak buah masuk dalam ‘frame’ dan persekitaran.

Begitulah situasi yang dihadapi oleh salah seorang pengguna Facebook, Zamiza Iza sewaktu mengambil gambar raya baru-baru ini.

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, dia telah memuat naik sekeping gambar di Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni?.

Dalam hantaran tersebut, Zamiza meminta pertolongan warganet untuk menyunting gambarnya iaitu dengan menghilangkan meter bacaan elektrik di dinding rumah.

Netizen sunting gambar
Gambar: Zamiza Iza

Tidak dinafikan dengan kecanggihan teknologi terkini, gambar seperti kemahuannya dapat disunting.

BACA: ‘Misi Gila’, Nadir Dedah Kisah ‘Watak Utama’ Bawa Pulang Keluarganya Dari Gaza 

Netizen sunting gambar
Gambar: Fb

Netizen memang tak pernah tak kelakar

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, alangkah terkejutnya bukan sekadar meter bacaan elektrik yang dibuang, malah pelbagai hasil suntingan yang dikongsikan oleh netizen membuatkan pembaca tak kering gusi.

Kreativiti netizen sememangnya tidak boleh disangkal malah ada juga sehingga di luar kotak pemikiran. Berikut antara gambar mencuit hati yang disunting oleh wargamaya.

“Siapa suruh buang meter..hmmm,” tulis penyunting gambar.

Gambar: Fb

“Dah call orang TNB suruh cabut bang” tulis seorang lagi.

Gambar: Fb

“TNB memang nak cabut terus meter tu dah due dua bulan tak bayar kak” komen salah seorang pengguna.

Netizen sunting gambar
Gambar: Fb

“Tak pandai nak buang….serah je pada yang pakar” tulis pengguna lain.

Gambar: Fb

Done,” tulis seorang lagi pengguna.

Netizen sunting gambar
Gambar: Fb

Sumber: FB Zamiza Iza via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?