Siakap Keli
10 laman web malaysia mac
Gambar: AFP

Ini Antara 10 Laman Web Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mac

Ini Antara 10 Laman Web Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mac

Manusia dengan aktiviti kehidupan di alam maya sememangnya dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Sebaik sahaja kita mencelikkan mata dan bangun tidur di awal pagi, benda pertama yang dicapai adalah telefon bimbit. Jari seterusnya mula ligat menatal skrin peranti tersebut, mengakses segala aplikasi media sosial dan melayari laman web.

Bukan itu sahaja, hampir semua operasi yang wujud di alam nyata kini boleh diakses secara dalam talian dengan adanya sambungan internet.

Aktiviti seperti perbankan, mendapatkan perkhidmatan kerajaan, melakukan temu janji, membeli-belah atau membuat apa-apa tempahan semuanya boleh dilakukan dihujung jari setiap hari.

Jadi tidak hairanlah apabila setiap individu, syarikat, institusi, agensi, perniagaan dan macam-macam lagi berlumba-lumba mewujudkan laman web masing-masing yang dapat mewakili identiti dan perkhidmatan ditawarkan mereka di alam maya.

Menurut Forbes, dianggarkan terdapat kira-kira 5.16 bilion pengguna internet dan 1.13 bilion laman web di seluruh dunia setakat 2023.

Angka berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan yang wujud antara manusia dengan alam ciptaan manusia tersebut.

Top 5 Mac dalam senarai antara 10 laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia tidak berubah

Dalam pada itu, Similarweb.com setiap bulan akan menerbitkan senarai laman web yang paling kerap dilayari pengguna di sesebuah negara, termasuk di Malaysia.

Melalui laporan terkini di platform tersebut, tiga laman web paling popular dan kerap dilayari oleh rakyat negara ini diterajui oleh google.com, youtube.com dan facebook.com.

Manakala dua lagi produk di bawah kumpulan Meta iaitu whatsapp.com dan instagram.com melengkapkan senarai lima teratas laman web paling kerap dilayari rakyat Malaysia pada Mac.

Gedung beli belah atas talian, shopee.com pula berada di tangga keenam dan diikuti platform X yang dahulunya dikenali sebagai twitter.com di tangga ketujuh.

Selain itu, Maybank selaku antara jenama perbankan terkemuka tanah air disenaraikan di tangga ke-8 menerusi laman web maybank2u.com.

Satu lagi aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan anak muda hari ini, tiktok.com berada di tangga ke-9.

Laman web Hasil & MOE jadi laman web milik kerajaan paling kerap dilayari

Dalam pada itu, laman web milik agensi kerajaan, hasil.gov.my berada di tangga ke-18, manakala moe.gov.my milik Kementerian Pendidikan Malaysia yang berada di tangga ke-26 menjadi laman web kementerian yang paling banyak dilayari pada bulan tersebut.

Menurut Similarweb.com, secara umumnya kedudukan lima teratas laman web paling popular di Malaysia adalah tidak berubah berbanding bulan-bulan yang lepas.

BACA: Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Sumber: Similar Web

Athirah

When nothing goes right, go left.