Siakap Keli
buat tangga tengok bulan

Pelik, Pakcik Tua Buat Tangga Nak Panjat Tengok Anak Bulan

Pelik, Pakcik Tua Buat Tangga Nak Panjat Tengok Anak Bulan

Pengalaman raya bagi setiap orang itu berbeza, ada yang perlu beraya jauh dari keluarga bertahun-tahun kerana tuntutan kerja. Malah, ada juga yang kehilangan insan tersayang.

Bagaimanapun, raya tetap perlu dirai dan dinantikan dengan penuh makna. Pahit manisnya perlu ditelan walau kadang kala kita sudah tidak mampu menanggungnya.

Bercakap mengenai raya ini juga, baru-baru ini ada kisah pelik yang menjadi tular di media sosial. Katanya ada seorang Pak cik ni siap buat tangga semata-mata nak tengok anak bulan syawal.

Min tak tahulah macam mana dia boleh terfikir nak buat tangga, semua orang tahu nak tengok anak bulan bukan semudah itu kan?

Siap jadi angkasawan

Dikenali sebagai Pak Cik Ahmad, banyak yang dia buat untuk pergi ke bulan dan yang lagi tak masuk akal, Pak Cik Ahmad siap ‘bertukar’ jadi angkasawan. Tapi malangnya semua yang dia buat tak menjadi, impian untuk tengok anak bulan tetap tak tercapai.

Bila semua tak menjadi, Pak Cik Ahmad hampir berputus asa. Tapi tak lama selepas itu, ada satu perkara ‘ajaib’ yang berlaku.

Mungkin korang tak percaya, Pak Cik tu bukan setakat dapat tengok bulan, tetapi turut ‘mendarat’ di sana.

Lebih menakjubkan, dekat situ rupanya ada satu perkampungan yang tengah sibuk raikan hari raya. Semua orang bekerjasama untuk memastikan hari raya itu penuh kemeriahan dan warna warni.

Tak sangka jumpa sesuatu yang berharga

Tapi apa yang lebih menarik adalah apabila Pak Cik Ahmad jumpa sesuatu yang berharga di sana. Nak tahu apa yang dijumpai Pak Cik Ahmad, korang kena tengok video yang diterbitkan IJM Land di bawah ini. Sehingga kini, video tersebut sudah capai lebih dari 1 juta tontonan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web IJM Land dan jangan lupa tonton video raya ini sampai habis.

Sofea

There's always another side to every story