Siakap Keli
Tiba Di Kuala Lumpur
Sumber: @ceokuterer via TikTok

Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Menjelang sambutan Aidilfitri, pasti ramai warga kota sibuk membuat persiapan raya dan bersedia menempuh perjalanan jauh mahu pulang ke desa.

Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Jumlahnya, menjadi dua atau tiga kali ganda berbanding hari biasa bergantung kepada jarak destinasi yang hendak dituju.

Situasi yang sama juga terpaksa dihadapi oleh anak perantau apabila mahu pulang semula ke kota.

Kesesakan jalan dan tempoh perjalanan yang boleh mencecah sehingga 20 jam ketika pulang ke kampung terpaksa dihadapi sekali lagi.

Maka tak hairanlah, pengembaraan luar biasa ini selalu menjelmakan pelbagai kisah dan memori ‘indah’ yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu”

Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok, @ceokuterer berkongsi kisah apabila dia dan keluarga baru tersedar kunci rumah milik mereka tertinggal di Terengganu.

Hakikat pahit yang terpaksa ditelan itu menyebabkan tempoh perjalanan pulang selama 18 jam dari kampung ke rumah mereka di Kuala Lumpur itu menjadi bertambah memenatkan.

Menerusi video yang dimuat naik, renungan kosong yang panjang jelas kelihatan pada wajah @ceokuterer. Pendek kata, tiada kata-kata yang mampu menzahirkan apa yang bermain di fikirannya ketika itu.

Ramai pengguna TikTok berkongsi kisah yang hampir sama

Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkenaan benar-benar terjadi atau sebaliknya, namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan video tersebut.

Malah, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berhadapan dengan situasi serupa.

“Pakcik dan makcik saya balik asing. Makcik saya balik dari Johor Bahru naik bas sebab cuti sudah habis, pakcik saya balik lambat naik kereta sebab kerja sendiri dan boleh cuti lama.

“Bas dah gerak baru teringat kunci rumah bawa satu je kat pakcik,” komen seorang warga maya.

“Saya pernah kena. Balik raya naik bas, sampai rumah baru sedar kunci dekat kampung. Nasib ada spare dalam peti surat,” komen lagi seorang wargamaya.

@ceokuterer

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – ACHIK AFIQ 06

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Hai, macam-macam. Bersabar sajalah.

Sumber: @ceokuterer via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.