Siakap Keli
lapangan terbang antarabangsa dubai
Kredit: Metro UK

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Banjir, 45 Penerbangan Dibatalkan

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Banjir, 45 Penerbangan Dibatalkan

Insiden banjir di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Dubai telah menyebabkan pelbagai urusan utama tergendala hari ini, lapor Metro UK.

Antara yang terkesan, landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB)  dibanjiri air sehingga menyebabkan sebahagian besar penerbangan dibatalkan.

Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan sebanyak 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk telah dibatalkan hari ini.

Manakala, tiga penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.

Menurut laporan Metro UK, kejadian banjir ini telah memberi gangguan yang besar terhadap beberapa urusan penting di ibu negara itu.

Perkara ini dapat dilihat menerusi hantaran-hantaran di media sosial yang dimuat naik oleh penduduk yang menetap di kawasan berkenaan.

Salah satu hantaran video yang tular menunjukkan beberapa kapal terbang sedang meredah air banjir di landasan kapal terbang di lapangan terbang utama di negara terbabit.

Sungguhpun begitu, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai memaklumkan bahawa operasi penerbangan di sana telah beroperasi semula.

lapangan terbang dubai penerbangan
Kredit: DXB Media Office
Kredit: Metro UK

Cuaca buruk telah memberi gangguan kepada penduduk di Dubai untuk menjalani urusan harian

Sebelum ini, orang ramai telah dimaklumkan berkenaan ramalan cuaca buruk di negara-negera Teluk.

Malah, Polis Dubai semalam telah memberikan amaran kepada orang ramai untuk mengelak daripada mengunjungi kawasan pantai dan lembah yang memiliki kecenderungan untuk dilanda banjir.

Perkara ini susulan beberapa keadaan cuaca seperti hujan, angin kencang, ribut petir dan ada kalanya, hujan batu yang mampu mengurangkan kadar kebolehlihatan manusia, jelasnya.

Dalam pada itu, media sosial telah dibanjiri dengan hantaran video yang memaparkan keadaan jalan-jalan yang dibanjiri air.

Antaranya, salah seorang lelaki memuat naik rakaman video yang diambil dari tingkap keretanya yang menunjukkan keadaan arus air banjir yang deras di laman X.

“Ini bukan perkara yang saya jangkakan berlaku di Dubai! Salam takziah kepada semua pemilik Rolls Royce!,” tulisnya di laman X.

BACA: RM800 Hanya Dapat Bilik Saiz ‘Stor’, Realiti Pahit Menyewa di Tengah Bandar

Sumber: Metro UK

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma