Siakap Keli
warga emas maut terjatuh
Gambar: Bernama

Warga Emas 91 Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat 13

Warga Emas 91 Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat 13

IPOH — Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 13 di sebuah kawasan perumahan di Kinta Height hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat di lorong belakang rumah pangsa oleh orang awam sekitar jam 8.20 pagi.

“Hasil siasatan awal ditempat kejadian oleh pihak polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 91 tahun.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pengawal keselamatan dalam keadaan yang tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Abang Zainal, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa tersebut.

Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati juga tiada menjumpai sebarang unsur jenayah.

BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Ujarnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes Asisten Komisioner Mohd Sahran Dato. Haji Termizi, Ketua Polis Balai Polis Sentral di Talian 019 -4444515 bagi membantu siasatan.

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kondominium 

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak selepas bertengkar dan menikam isterinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, suspek berusia 44 tahun dilaporkan bertengkar dengan isterinya akibat salah faham sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

“Lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium tersebut dan ditemukan mati berhampiran kolam renang tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan.

Isteri kepada lelaki berkenaan berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sumber: Polis Daerah Ipoh

BACA JUGA: Tunku Mahkota Ismail Perkenan Kurniakan Rumput Baharu Kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?