Siakap Keli
resipi lontong goreng
Kredit: TikTok

Jangan Buang Kalau Ada Lebihan Nasi Impit, Boleh Cuba Resipi Lontong Goreng Ni

Jangan Buang Kalau Ada Lebihan Nasi Impit, Boleh Cuba Resipi Lontong Goreng Ni

Ketika bulan Syawal, banyak tuan rumah mengadakan sesi rumah terbuka atau ‘open house‘ kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan.

Penganjuran sesi rumah terbuka ini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim sesama insan sekali gus, membuka peluang kepada tetamu untuk menambah kenalan baharu.

Kebiasaanya, tuan rumah akan memasak hidangan yang hanya biasa boleh didapati sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Antaranya, nasi impit atau ketupat, lemang, rendang, masakan lodeh dan beberapa hidangan lain seperti laksa, mi kari dan sebagainya.

Sunggguhpun begitu, kebanyakan tuan rumah menjadi buntu apabila banyak lebihan ketupat atau nasi impit selepas sesi rumah terbuka berakhir.

Berbeza dengan hidangan lain, ketupat dan nasi impit sukar digandingkan dengan lauk-pauk lain dan kebanyakan tuan rumah terpaksa membuangnya selepas selesai mengadakan rumah terbuka.

Ramai yang tak tahu bahawa kedua-dua hidangan ini sebenarnya boleh diubah suai untuk dijadikan satu hidangan yang lazat.

Jangan buang lebihan ketupat dan nasi impit dan jadikan sebagai hidangan lazat, lontong goreng

Pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen (@chesayang_kitchen) telah menunjukkan cara-cara menghasilkan Lontong Goreng dengan menggunakan lebihan nasi impit dan ketupat di rumah anda.

Pertama sekali, anda perlu memotong nasi impit atau ketupat kepada bahagian kecil, sekurang-kurangnya empat bahagian.

Kemudian, masukkan segenggam cili kering, setengah bawang holland, lapan ulas bawang putih dan sedikit halia ke dalam mesin pengisar.

Sebelum mengisarkan bahan-bahan tersebut, masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan kisarkan semua bahan sehingga menjadi pes.

Selepas itu, masukan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga panas.

Apabila minyak masak di dalam kuali telah menjadi panas, masukkan pes yang dikisar sebelum ini dan tumiskan sehingga pecah minyak.

Setelah bahan-bahan di dalam kuali telah pun pecah minyak, masukkan beberapa bahan seperti ayam atau daging kisar.

lontong goreng
Kredit: TikTok

Biarkan sehingga mendidih dan selepas mendidih, masukkan dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar sos tomato, dua sudu besar sos cili serta sedikit kicap pekat ke dalam kuali.

Kacau semua bahan-bahan di dalam kuali sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa dan satu sudu besar gula ke atas bahan-bahan tadi.

Masukkan juga lebihan nasi impit dan ketupat yang dipotong kecil sebelum ini bersama bawang goreng dan gaulkan bersama ramuan di dalam kuali sehingga sebati.

Kredit: TikTok

Pada hujung sesi masakan, masukkan segenggam daun bawang ke dalam masakan sehingga layu. Dengan ini, lontong goreng sedia disajikan kepada orang ramai.

@chesayang_kitchen

Episod 394 | Resepi Rumah Terbuka Series 2 | Lontong Goreng | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – 1 mangkuk nasi impit – 1 genggam cili kering – 1/2 biji bawang holland – 4 ulas bawang putih – 1 inci halia – Isi ayam atau daging – 4 sudu sos tomato – 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili, 1 sudu kecil kicap pekat – Garam & perasa – 1 sudu gula – 1 mangkuk bawang goreng – 2 genggam daun sup #resepichesayang #chesayangkitchen #resepirumahterbuka #lontonggoreng

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

BACA: Macam Beli Di Kedai, Rupa-rupanya Ni “Trick” Senang Ikat Plastik Lauk

Sumber: @chesayang_kitchen via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma