Siakap Keli
air tangki berkarat
Sumber: Sevenstar Water Tank Solution via TikTok

Luar Berkilat Dalam Berkarat, Abang Ni Belanja Rupa Dalam Tangki Air

Luar Berkilat Dalam Berkarat, Abang Ni Belanja Rupa Dalam Tangki Air

Sebagai manusia, apa benda penting yang kita perlukan untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini? Jawapan yang pastinya hadir di benak fikiran semua sudah pastinya air dan jawapan itu tepat.

Maka tak hairanlah daripada air boleh terhasil satu frasa yang selalu kita dengar, “tanpa air, manusia tidak akan bertahan hidup”.

Jangankan manusia, binatang dan tumbuhan pun perlukan air. Jadi pendek kata, asalkan anda makluk bernyawa, anda pasti memerlukan air.

Kita tahu bahawa kita perlukan air, tapi banyak daripada kita tidak tahu sumber air yang kita minum sehari-hari. Bahkan mungkin tidak peduli dari mana datangnya air itu, asalkan kita boleh minum dan teruskan hidup.

Tapi, kita perlu sedar bahawa apa-apa yang masuk ke badan kita termasuklah air yang kita minum akan memberi kesan kepada kesihatan kita.

Air yang kotor atau tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.

Air bersih rasa karat? Keadaan berkarat dalam tangki air ini mungkin puncanya

Siapa yang pernah berkumur di mana-mana tandas atau di rumah dan airnya terasa ‘berperisa’ seperti karat?

Usah pelik, ramai daripada kita pernah berdepan dengan situasi ini dimana air yang keluar daripada paip sebaik sahaja kepada pili dibuka tidaklah sejernih yang disangka.

Bagi yang pernah mengalami situasi serupa, perkongsian video daripada pengguna TikTok (@sevenstar_water_tank) ini pasti akan menghantui fikiran anda.

@sevenstar_water_tank

Pressed Steel Tank Refurbishment Works #sevenstarwatertanksolution #PerkhidmatanTangkiAir #SevenstarWaterTank #watertankservicemalaysia

♬ original sound – 🎧SinarSuria🎧 – 🎧SinarSuria🎧

Daripada luar, tiada apa yang tidak kena dengan tangki air dalam video tersebut. Semuanya kelihatan sempurna. Malah, tangki itu kelihatan sangat bersih dan berkilat.

Namun, situasi dan keadaan di bahagian dalam memang jauh daripada bayangan kita semua. Orang kata, memang tak terjangkau dek akal.

Berdasarkan video itu, dapat dilihat keadaan bahagian dalam tangki air yang mungkin sudah lama tidak dicuci.

Karat yang sudah berkerak menghiasi bahagian dalam dinding-dinding tangki air tersebut. Kalau dilihat lebih dekat, pasti mata akan perasan ketebalan karat-karat yang sudah mengeras itu.

Tekak mungkin terasa sedikit loya untuk melihatnya, namun video ini wajar menjadi pengingatan kepada semua pihak betapa pentingnya tangki air dipantau dan dicuci secara berkala.

BACA: Jururawat Masih Lengkap Beruniform Ditemui Tidak Sedarkan Diri Tepi Jalan

Sumber: Sevenstar Water Tank Solution

Sharifah Hannah Adibah