Siakap Keli
wanita angin lintang
Gambar: TikTok @anna0001114

Wanita Kongsi Detik-Detik Cemas Angin Lintang Atas “Highway”

Wanita Kongsi Detik-Detik Cemas Angin Lintang Atas “Highway”

Kadangkala memandu di atas jalan raya penuh dengan cabaran dan bahaya yang menanti serta boleh mengancam nyawa.

Meskipun dalam keadaan berjaga-jaga, sesetengah perkara berlaku di luar kendalian manusia seperti bencana alam dan banyak lagi.

Salah satu risiko yang tidak dapat dielakkan ketika memandu atau menunggang adalah faktor cuaca buruk dan ekstrem.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia sememangnya terkenal dengan cuaca panas ‘menyengat’ dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Sehubungan itu, memandu sewaktu cuaca buruk ini amat berisiko kepada pemandu dan penunggang di atas jalan raya.

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik rakaman di akaun TikTok miliknya @anna0001114 memaparkan detik-detik cemas semasa hujan lebat dan angin kencang berlaku sewaktu memandu di atas lebuh raya.

Dalam klip berdurasi 30 saat itu, menunjukkan angin bertiup kencang melihatkan keadaan daun-daun yang berterbangan di atas jalan disertakan guruh kilat.

Gambar: TikTok @anna0001114

BACA: Jururawat Pengsan: Polis Giat Buru Suspek

Menurutnya, kejadian didakwa berlaku di lebuh raya berhampiran Pagoh, Johor dan kebanyakan kenderaan yang melalui laluan tersebut ketika itu bergerak pada kelajuan perlahan.

Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan-depan. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu,” tulisnya pada kapsyen video. 

Gambar: TikTok @anna0001114

“Angin lintang tu” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa cuaca buruk yang berlaku di dalam klip berkenaan adalah disebabkan fenomena angin lintang.

Segelintir mereka juga memberitahu bahawa kawasan yang dilalui oleh wanita berkenaan sememangnya laluan angin lintang.

Berdasarkan klip berkenaan, ada juga yang berkongsi pengalaman sewaktu melalui keadaan sebegitu rupa. Berikut adalah komen-komen daripada pengguna;

“Itu namanya angin lintang. Kawasan ini memang laluan angin,” tulis seorang pengguna platform tersebut.

“Petang semalam ke kak? Saya masuk highway Pagoh dalam pukul 4 petang, penuh sampah dengan pelepah atas jalan. Masa tu masih hujan lagi,” beritahu seorang pengguna lagi.

“Kalau saya ni tak tahu la macam mana. Sebab memang jenis trauma dengan angin kuat dan kilat. Pernah masa balik kerja dengan motor hujan lebat, ribut dan petir terdengar benda jatuh, tengok dekat cermin pokok jatuh,” kongsi seorang pengguna.

@anna0001114

Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan2. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu.

♬ original sound – Annaaaaa. – Annaaaaa.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 120,000 tontonan dan hampir 2,000 tanda ‘Suka’ serta pelbagai komen netizen.

Sumber: TikTok @anna0001114

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?